Showing posts with label Old Memories. Show all posts
Showing posts with label Old Memories. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Buku Rekod / Rawatan Jemaah Haji - 1988

Ini merupakan Buku Rekod / Rawatan Jemaah Haji. Buku ni digunakan pada tahun 1988.
Butiran peribadi dalam buku tersebut.

Sunday, October 19, 2014

Pasport Jemaah Haji Tahun 1988


Pasport jemaah haji tahun 1988.

Bayar RM15.00 pada masa tu.

Monday, March 12, 2012

Jutawan!



Ini Merupakan mainan masa sekolah rendah.. Paling popular kat kampung masa tu. Nak beli pun bukan senang. Mahal. Budak sekolah mana ada duit nak beli. Tunggu duit raya baru dapat beli.

Friday, April 01, 2011

Putih - Dicuri Malaun


Putih - Dicuri Malaun 
Kucing paling aku sayang di sapa tak tau curi time2 subuh. Cilakak!!!!

Thursday, March 17, 2011

Kunci Bilik 8E 308 Kolej Perwaja UUM

.

Kunci Bilik Blok 8E Kolej Perwaja UUM 2002/05
Ha ha... Apit, kunci macam ni hang ada ka?? Sudah tentu x dak kot no... Maklum la senior paling lama saja yang ada kunci nostalgia ni. Keychain + Kunci ORIGINAL tu. Kenangan bilik aku yang indah. 


p/s: Rasa rindu tasik UUM. Lama tak main Perahu Panjang, dulu petang-petang itu la permanian kami.

Friday, May 28, 2010

Nostalgia Pinggan Sampang



Nostalgia Pinggan Sampang
Pinggan ini aku beli kat Pekan Bedong, Kedah. Maklum la pinggan kegemaran aku yang selalu pakai tu dah uzur.. pakai sejak aku dilahirkan sampai skrg..  Makan dlm pinggan ni sedap jgk...

Monday, January 25, 2010

Dalam Kenangan...... 6.8.1977 - 16.1.2010

Dalam Kenangan - 6.8.1977 - 16.1.2010
Semoga Rohnya Diterima Allah S.W.T 

 

 
Bersama Bakal Pengantin (Bukan Isteri Beliau)

 

 
Pelanggan beliau dari seluruh pelusuk dunia. Belakang merupakan kedai bunga Arwah, yang cukup terkenal dikawasan Pantai Chenang dan sekitar Langkawi, Kedah.

 

 
 Siti Nurhaliza - Artis Pujaan Allahyarham
 Arwah mula mengumpul album, majalah, gambar dan segala macam yang berkaitan dengan Datuk Siti dari permulaan kareer Siti hinggalah Album Terakhir Siti. Akhirnya, dapat juga Arwah berjumpa dengan Siti sebelum menghembus nafas terakhir.

Wednesday, January 20, 2010

Maisarah (Sarah Patin Keli) Kawin!!!!!!!!!!!

Selamat Pengantin Baru - Sarah & Hafiz

 

 

 

 

 

 

 

 Terima Kasih atas Jemputan Khas ini. Namun, aku mungkin x pi sana. Maklumla la, souvenir yang ditunggu, kad kawin yang tiba.. Cis!!!

Tuesday, November 17, 2009

Si Buta Kawin Dah


Si Buta Kawin Dah
Gambar ni pernah aku post dulu. Tapi masa dok geledah fail-fail terjumpa gambar ni. Aku letak la sekali lagi sebagai kenangan. Maklum la dia dah kawin, tak lama lagi nak dapat anak dah.

Gambar ni kalo tengok betul2, ada nilai dan makna tersendiri. Cuba fikirkan......... 

Padang Besar Kebas Pungkur!!!
Punya la gigjh naik moto pi sampai Padang Besar dengan Mr Brong. Punya la jauh sampai kebas pungkur!!! Masa ni aku rasa masih belajar kat U. Pi masa cuti semester, Brong ajak, jadi aku ikut saja... jalan2 makan angin.

Yang penting, dapat jugak merasa keindahan alam dan suasana panas terik kemarau. 



Koperasi Sekolah Atas Bukit


Ahli Koperasi Gelap
Dulu aku ada la melabur dalam koperasi sekolah. Melabur pun sepuluh ringgit jer... hahaahah.. aku pun nak tergelak. cis!!!! hujung tahun dapat dividen cuma sen2 jer.. memalukan aja.

Saturday, June 20, 2009

Feri Pulau Pinang - Sebuah Nostalgia Silam

Bertolak dari Jeti Pengkalan Tun Uda, Penang kalo tak silap.


Feri yang selisih semasa dlm perjalanan.

Amaran keselamatan yang perlu dipatuhi.



Kami berada dibahagian atas feri (feri ni khas untuk kenderaan saja), yang selalunya untuk penumpang.

Pili bomba merupakan satu kemestian yang penting jika kebakaran walaupun air laut byk.. tak kan kita nak ambil timba dan angkut air laut naik..... betul tak??

Ni pembantu aku yang banyak akai dan songgeh dia.... tapi dia ni bagus.... byk idea.






Kipas berputar laju bagi memastikan kami sampai dlm tempoh kurang 15 minit.


Tambang feri kalo x silap ia mahal RM 0.70 dari Jambatan Pulau Pinang... maklum la jambatan kita guna atau x guna.. ia x menanggung kos.. tapi feri kalo penuh atau kosong tetap kena tanggung kos minyak diesel dia tu.. jadi mcm mana dia nak untung.....betul x?