Showing posts with label Train/ Keretapi. Show all posts
Showing posts with label Train/ Keretapi. Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

Travel Tips: Public Transport (Pengangkutan Awam)

When you travel, it a must to experience local public transport especially train. 

Keretapi memberi gambaran sebenar bagaimana masyarakat setempat bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sabar dan pada kos yang paling rendah tapi perlu berkorban dari segi keselesaan dan masa.

Semasa di Sri Lanka, perjalanan menggunakan kenderaan (kereta) hanya mengambil masa sejam lebih tapi melalui keretapi memerlukan masa minimum lima jam. Penat tapi berbaloi bila dapat melihat negara orang dari sudut atau perspektif yang berbeza. Ia merupakan sesuatu yang amat berharga. 


Sunday, May 27, 2018

SRI LANKA 2018: COLOMBO FORT RAILWAY STATION

Inilah Colombo Fort Railway Station yang merupakan titik mula perjalanan.

Untuk perjalanan yang cepat dan selesa, disarakan menggunkan perkhidmatan bas ekspress (mini bas) yang ada di hadapan balai ketibaan. Tambang agak mahal sidikit tapi yang penting adalah selamat dan pantas.

Sunday, October 22, 2017

THAILAND : Train 111 to Lop Buri (Sunflower Field)

Platform 10
Untuk ke Lop Buri @ Lopburi perlu membeli tiket terlebih dahulu pada hari tersebut. Pada tahun 2016, kami bangun seawal 4:00 pagi untuk mengambil train paling awal tetapi train tersebut akhirnya dibatalkan dan terpaksa tunggu train jam 7:00 pagi. Oleh itu, kali ini kami ambil keputusan lebih selamat ambil train 7:00 pagi dan menunggu seawal 6:30 pagi di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.

Tiket dengan harga Bath 50

Wednesday, October 11, 2017

THAILAND : BTS SkyTrain

Pada gari kami sampai di Bangkok merupakan hujung tahun 2016 iaitu pada malam tahun baru 2017. Semasa hendak naik train dari Suvarnabhumi Airport kami mendapati kaunter mesin tiket tutup. Sudah merasa pelik, terus ke kaunter tiket bertanya kepada staf yang bertugas. Beliau memberitahu bahawa malam tahun baharu, semua perjalanan train antara bandar adalah percuma. Wah! Kalau kat Malaysia rasanya tidak pernah ada lagi.

Pada hari tahun baharu, kami mengambil BTS SkyTrain untuk ke Chatuchak Weekend Market. Tambang tidak pasti berapa  sebab sudah lama.

Friday, January 06, 2017

BANGKOK 2017 : SUVARNABHUMI AIRPORT TO KHAOSAN ROAD

Flight MAS MH782 mendarat di Bangkok Jam 16:20 (BKK) dan terpaksa menunggu Flight MH780 sorang lagi yang akan sampai 19:20 (BKK). Tunggu lama ni jenuh nak melilau dalam airport. Sambil tu meronda cari simkad.

Sunday, May 10, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - Hualamphong Railway Station

1hb Januari 2015 pertama kali jejak ke Bangkok via keretapi. Memang menyeronokkan perjalanan guna keretapi cuma kita perlu sabarrrrrrrr... al maklum la keretapi ni lambat sampai. Bertolak dari Butterworth dalam Jam 2:15 petang 31/12/14 dan sampai di Bangkok Jam 11:00 pagi. Hampir 20 jam lebih terperap.

Keretapi State Railways of Thailand (SRT) akan berhenti di Platform 5. Kalo nak balik ke Butterworth dari Bangkok dia bertolak jam 2:45 petang (WB).

Sunday, February 15, 2015

Dec 31, 2014: Backpack to BKK - Keretapi Ekspres Antarabangsa (Butterworth - Bangkok)

31-12-2014: Baru bertolak dari Penang Sentral - Butterworth Train Station.Bertolak dalam jam 14:00 petang. Jam 14:00, keretapi terpaksa berhenti agak lama disebabkan coach Ekspress Antarabangsa tercabut semasa keretapi sampai di Stesen Bukit Mertajam

Jam 14:15, Order makan untuk "Dinner" akan diambil oleh seorang wakil (Orang Thailand), masakan adalah halal. Makanan akan dihidangkan semasa memasuki Thailand.
Jam 15:45, melepasi kawasan Gurun, Kedah. (Video)
Jam 16:15, sampai di KTM Alor Setar (Photo)
Jam 16:40, Sampai di KTM Kodiang, Kedah.
Jam 1645, sampai di KTM Arau, Perlis.
Jam 17:00, Sampai di Padang Besar,Perlis. Disini keretapi akan berhenti lama untuk proses pemeriksaan Imigresen Malaysia dan Thailand.
Jam 17:30, selepas pemeriksaan Imigresen Malaysia dan Thailand. Makanan "Dinner" yang dah diorder semasa di KTM Bukit Mertajam akan dihidangkan.

Monday, March 14, 2011

Keretapi Senandung Langkawi


Keretapi Senandung Langkawi
Ini kali kedua aku naik keretapi, pertama kali naik masa kecik dulu. Bertolak dari KL Sentral jam 9.15 malam dan sampai di Sungai Petani jam 6.00 pagi. Tak boleh tido malam tetapi ok la sbb boleh baring [ambil katil]. 

Jadi utk trip seterusnya, mungkin akan ke Bangkok, Thailand naik keretapi supaya boleh tengok permandangan kawasan kampung, ladang, hutan dan perindustrian di sepanjang laluan keretapi ke Bangkok. Harap dapat berbuat demikian dalam tahun ini jugak.

p/s: Masih pening mencari sumber kewangan untuk ke Bangkok nanti.