Friday, March 18, 2022

Arctic World Archive (AWA)

Arctic World Achieve (AWA)

Dibina untuk menyimpan data dan maklumat penting sebagai rujukan pada masa depan.  AWA direkabentuk untuk tahan bencara alam mahupun bencana yang berpunca dari manusia.  Ia merupakan tempat yang paling selamat dibumi dan ia boleh tersimpan untuk jangka masa yang panjang.  Disebabkan simpanan data digital dan dalam talian akan terdedah dengan pelbagai ancaman risiko dan juga keterbatasan teknologi simpanan data moden, AWA merupakan jalan terbaik untuk menjadi tempat penyimpanan selamat (safe repository) memori dunia.



Apakah Arctic World Archive (AWA)?

Ditubuhkan pada tahun 2017, Arctic Word Archive (AWA) menyimpan koleksi artifak digital dan maklumat yang tidak dapat diganti (irreplaceable) dari seluruh pelusuk dunia.  Lebih dari 15 buah negara penyumbang setakat ini.

AWA merupakan rumah kepada manuskrip dari Perpustakaan Vatican (Vatican Library), sejarah-sejarah politik, ciptaan agung dari pelbagai era, penemuaan saintifik dan budaya komtemporari.





Lokasi AWA

AWA terletak didalam pergunungan artik di Kepulauan Svalbard.  Svalbard diisytiharkan sebagai zon bebas tentera (demilitirised zone) oleh 42 negara.  Disebabkan oleh lokasinya yang terpencil dan selamat, ia menjadi pilihan yang tepat bagi menyimpan maklumat berharga ini.  Tambahan pada itu, keadaan cuaca yang kering dan sejuk meningkatkan jangkahayat data yang disimpan.


Adakah Malaysia Menyumbang untuk AWA?

Jawapannya. YA.

AWA welcomes first Malaysian deposit – celebrating emerging artists



Rujukan:

https://arcticworldarchive.org/

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini