Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Sunday, March 13, 2022

NASI LEMAK: SIGNATURE BREAKFAST

Nasi Lemak - Mak Lang Signature Breakfast.
Nasi Lemak yang diwarisi oleh Arwah Emak sejak aku masih kecik. Masa sekolah rendah, aku menjual nasi ini disekolah dan jualan sangat laris sampai aku sendiri pun tak larat nak bawa banyak-banyak ke sekolah. Sebuah kenangan yang indah masa kecil.
Cara membalut Nasi Lemak ini bukannya mudah. Aku sendiri pun belajar lama dengan Arwah Mak untuk membalut nasi ini dengan baik dan kemas. Alhamdulilah, berjaya juga membalut dengan baik walaupun ada bahagian atas yang masih terbuka. Tetapi yang paling penting adalah aku berjaya menguasai 95% teknik membuat nasi lemak ini dari Arwah Mak, dari pemilihan bahan mentah, membuat sambal, memasak nasi dan membalut nasi.

Thursday, December 24, 2015

Jan 04, 2015 : Backpack to BKK - Kak Jak Restaurant @ Chatuchak Weekend Market

Andai anda melawat ke Chatuchak Weekend Market di Bangkok. Jangan risau tentang makanan halal kerana ada restoran yang menyediakan makanan halal Siam. Kak Jak Restaurant ada di nombre 26. 

Meja restoran ini unik kerna menggunakan mesin jahit lama. Pertama kali singgah tidak perasan, namun setelah menjamah makanan baru perasan ada sesuatu pelik tentang meja ni.

Tuesday, November 17, 2009

Nasi Lemak Pagi Ahad


Nasi Lemak
 Ini la sarapan (nyorok) kegemaran aku dengan keluarga pada setiap Ahad.. Dulu masa kerja cuti hari Jumaat, aku akan buat hari Jumaat la. Tapi sekarang kerja cuti Ahad. 

Kalo makan ni kena ajak si Pak On. Kalo tak ajak mau bising dia. Kalo hari Ahad, jam 630 dah siap mesej aku, bunyi macam ni "sedap lemak berkrim"... Itu la ayat dia. Aku taw sangat la, tu bermakna suruh aku buat nasi lemak la tu. 

Kalo gambar atas tu hari aku buat, kalo Mak aku buat dia suka balut daun pisang. Lagi best.. bau wangi jer. Paling aku suka makan dengan ulam jering, terbegau dan petai... huhu.. sedap!!!!

Thursday, January 29, 2009

Johor 2009 - Selera Johor

Pagi tu aku & Helmy makan kat Selera Johor.

Aku dihidangkan Kacang Pool. Tak pernah makan pun.

Selain itu, Mee Stulang jugak aku melantak pagi tu.

Kacang Pool ni merupakan campuran kacang merah, daging & macam2 lagi.

Ni bantuk hidangan dia.

Nanpak cukup sedap!!!!!!!!!!!!!

Pastu kena makan dengan roti yang setebal ni......... kenyang aku!!!!!!!!!

Minum plak cendol..

Akhir sekali, pekena Mee Rebus Stulang.