Friday, March 11, 2011

Jakarta - Bandung 2008 [Beberapa Gambar Baru] II









Lokasi: Subang & Seri Ater, Bandung Indonesia
Semasa perjalanan ke destinasi utama iaitu Bandar Shopping Bandung, kami singgah makan tengah hari di Restoran Sindang Heula di Subang. Dihadapan restoran ada kawasan penanaman padi huma manakala didalam kawasan restoran pula ada sebuah kolam besar yang dihuni beribu-ribu ikan besar dan kecil. Menurut mereka, ikan-ikan tersebut akan digunakan untuk dijadikan hidangan makan tengahari kami. Memang sedap masakan mereka.


Nasi pula dibungkus rapi dalam daun pisang. Beras digunakan adalah beras dari padi Huma. Memang sedap sekali, rasa melekit-lekit tetapi sedap. Patut la orang kata padi Huma sedap. Minum pula dijamu teh tanpa gula. teh pula diproses sendiri dengan merebus daun teh terus dari ladang. Bukan yang diproses dikilang. Hal Ini kerana kawasan ini dikelilingi kawasan penanaman teh terbesar dunia.


Selepas itu, kami teruskan perjalanan dan singgah di Sari Ater Hot Spring, punya la luas kawasan air panas ni. Dari atas sungai hinggalah ke hujung penuh dengan orang. Tak sempat la air tu nak panas. Entah2 depa semua mandi air kencing orang atas.. heehehe... Maklum la terlalu ramai sampai tak ada ruang. Pemandu pelancong sendiri mengaku kawasan ini memang persinggahan popular pelancong sebelum ke Bandung.


Bagi yang nak menginap lama disini. Kunjugilah Sari Ater Hot Spring Resort


p/s: Menarik dan perlu dilawati

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini