Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Pasport Jemaah Haji Tahun 1988


Pasport jemaah haji tahun 1988.

Bayar RM15.00 pada masa tu.

Thursday, March 31, 2011

Apakah itu HARTAL?


Apakah itu HARTAL?
Pada hari ini iaitu 24hb Mac 2011, aku ada menmuatturun satu dokumentari bertajuk "10 Tahun Sebelum Merdeka" yang menceritakan tentang perjuang rakyat Malaya ketika itu menentang Biritish dan menuntut kemerdekaan negara.. Justeru, 10 tahun tersebut merujuk pada 20 Oktober 1947, yang merupakan hari bersejarah buat Tanah Melayu.


Untuk keterangan lanjut sila layari: Blog Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka
Kredit: Gambar diatas - Blog Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Untuk Muatturun Dokumentari "Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka"
Bahagian 1 & Bahagian 2 . 

Thursday, March 17, 2011

Kunci Bilik 8E 308 Kolej Perwaja UUM

.

Kunci Bilik Blok 8E Kolej Perwaja UUM 2002/05
Ha ha... Apit, kunci macam ni hang ada ka?? Sudah tentu x dak kot no... Maklum la senior paling lama saja yang ada kunci nostalgia ni. Keychain + Kunci ORIGINAL tu. Kenangan bilik aku yang indah. 


p/s: Rasa rindu tasik UUM. Lama tak main Perahu Panjang, dulu petang-petang itu la permanian kami.

Tuesday, November 17, 2009

Volvo Polis


Volvo Usang
Cis!!! Polis Trafik Sungai Petani masih lagi simpan trak Volvo antik ni. Kalo bagi kat aku pun bagus jugak!!!.. boleh buat niaga.. Trak ni punya la tinggi.. lebih tinggi dari lori tanah yang dok angkut tanah depan rumah aku dulu2....

Kalo boleh jual besi buruk jer... untung ada jugak!!

Friday, April 24, 2009

Muzium Arkeologi - Sekitar














Lembah Bujang tersebar seluas 400 km persegi, merupakan tapak arkeologi terkaya di Malaysia. Ia merupakan kawasan penting pada Kurun ke-3 hingga ke-12 masihi. Lembah Bujang merupakan pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara pada ketika itu. Ia terkenal sebagai "Nusantara".

Muzium Akeologi Lembah Bujang mempunyai hampir seribu artifak sejarah yang telah dipulih dari sejarah peradaban yang tertimbus. Muzium ini mempunyai dua galeri utama yang mempamerkan pelbagai bahan yang menunjukkan bahawa kawasan ini merupakan pusataktiviti perdagangan dan penyebaran agama. Artifak yang dipamerkan termasuklah bekas tanah liat, manik, seramik, foto, dan pelbagai alatan dan tinggalan silam.

Tedapat lebih 2500 penemuan yang masih dalam peringkat kajian. Ahli Arkeologi dari dalam dan luar negara telah menemui lebih dari 50 candi atau kuil purba di kawasan Lembah Bujang dan sebilanganya telah dipulihkan ke bentuk struktur asal. Pelancong/pelawat dapat melihat pembinaan semula kuil purba ini di kawasan Bukit Batu Pahat (Belakang Muzium). Candi utama yang dibina semula termasuklah Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Bendang Dalam dan Candi Pengakalan Bujang.



Bagi yang ingin melawat dan melihat sendiri keindahan Bukit Batu Pahat dan keajaiban tinggalan sejarah terpenting Kerajaan Kedah Tua. Datanglah melawat tapak sejarah ini yang terletak 17 km dari Bandar Sungai Petani.


Muzuim Arkeologi Lembah Bujang
Operasi: 900 - 1700 sehari
Masuk Percuma
04-457 2005

Muzium Arkeologi - Artifak

















Ini semua merpakan tinggalan artifak sejarah yang penting. Semua ini dipamerkan di Muzium - Bangunan Utama dan Kedua. Dahulunya, masa kecil-kecil aku ingat lagi cuma da satu bangunan untuk pamer benda2 ni tetapi sekarang sudah ada dua. Hasil ekavasi seluruh kedah, penemuan baru yang banyak memerlukan pihak muzium menambah bangunan.

Yang terbaru, hasil kerjasama dengan USM kini telah menemukan beberapa tapak baru yang menunjukkan wujud penepatan disekitar Kg Semeling dan bersempadan dengan Kg Bujang. Penemuan terbaru ini menampakan bahawa wujudnya sebuah kilang memproses besi. Kini kawasan tersebut giat dijalankan proses ekavasi. Kawasan ini pada masa kini merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kelihatan pihak penyelidik mengupah penduduk temapatan untuk menjalankan proses ekavasi yang mana memerlukan penelitian dan kesungguhan yang tinggi, maklum la nak kena guna berus.. hehehe...

Walau bagaimanapun, pekembangan terbaru ini membuktikan bahawa Kawasan Merbok, Kedah ini dan sekitarnya merupakan permulaan kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Kedah Tua.

Muzium Arkeologi - Perahu Sagor








Perahu Sagor ini dijumpai di beberapa sungai di Kedah. Sungai Baling & Kuala Ketil meruapan lokasi popular kerana kawasan ini meruapakn kawasan sungai yang dahulunya digunakan untuk menghubungkan kawasan pinggir laut dengan pedalaman Kedah.

Muzium Arkeologi - Ukiran Batu











Ini merupakan hasil kerja zaman kerajaan Hindu dikawasa Merbok ini. Kalo dilihat secara teliti, kerja sebegini memerlukan masa yang panjang pada ketika itu yang mana kita ketahui alatan adalah terhad dan kebanyakkan menggunakan cara manual (tenaga manusia).