Friday, March 11, 2011
Jakarta - Bandung 2008 [Beberapa Gambar Baru] III
Lokasi: Tangkuban Parahu, Bandung Indonesia
Kenangan paling best masa singgah ke Gunung Berapi Tangkuban Parahu. Untuk ke puncak gunung kami kena naik van/keta golf boleh muat 6 orang kot.. Lama dah tak ingat. Kat sini pun punya ramai manusia melawat tak kira la tempatan atau pun antarabangsa seperti kami. Peniaga jalanan pun ramai jugak. Naik pening kepala nak lari dari depa dok suruh beli barang depa.
Peniaga ni ada la jual keychain, skaf, buat strawberi dan cincin segala macam ada. Kalo mereka tahu bahawa kita orang Malaysia, MATI!!! dia mai kerumum macam kita artis popular suruh beli barang depa. Kalo lah kita beli barang kawan dia, dia mesti paksa kita beli barang dia pulak.
Sampai ke puncak gunung bau busuk mula menusuk hidung. Ingatkan bau bangkai apa ka. Rupanya bau lahar /. lumpur gunung berapi bercampur gas ammonia kot. Busuk sangat. Tapi cuaca atas gunung sejuk dan nyaman. Satu lagi pengalaman makan buah strawberi yang punya la manis. Heran jugak sebab manis sgt. Cuba plak gigit daun dia, pun MANIS!!!.. Hai, tak kan daun pun boleh jadi manis. Last tahu jugak, depa rendam buah tu dalam bekas berisi GULA..!!! air gula.. cis CILAKAK!!!
p/s: Peniaga jalanan ini menganggap orang/pelancong Malaysia adalah orang-orang kaya. Kalo tak kaya mana mungkin datang sejauh ini utk melihat gunung berapi.
Labels:
Friends,
Indonesia,
Jalan - Jalan,
Kenangan,
Old Memories,
Vacation/ Travel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini