Sunday, March 13, 2022

SAMBAL BELACAN: BAGAIMANA HENDAK BUAT SAMBAL BELACAN SEDAP?


Pertama, pemilihan bahan mentah yang segar. Cabai Melaka, Cabai Burung dan Cabai Hidup dibersihkan dan dimasukkan ke dalam lesung batu. 
Kedua, masukkan Asam Jawa sebesar ibu jari kaki.
Ketiga, masukkan Belacan (kualiti tinggi) sebesar ibu jari kaki atau lebih.
Keempat, masukan Garam Halus dan Ajinomoto secukup rasa.

JANGAN MASUKKAN AIR ATAU AIR PERAHAN LIMAU.

Foto diatas adalah Sambal Belacan yang telah siap. Dihidang bersama hirisan halus Limau Nipis yang segar, sangat sedap dimakan hirisan halus limau ini dengan sambal dan lauk pauk serta nasi. Ia akan memberi rasa masam, pedas, masin dan sedikit rasa manis.

Selepas semua bahan hancur, dan sekata. Masukan sedikit Air dan Air Perahan Limau Nipis dan digaul sama rata. Tambah air jika campuran tadi tidak cukup berair. Rujuk Video dibawah bagaimana campuran tersebut dibuat dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini