Friday, March 11, 2011

Jakarta - Bandung 2008 [Beberapa Gambar Baru] IV










Lokasi: Bandung & Taman Safari Indonesia
Makanan padang merupakan makanan popular. Maklumla makanan ini dihidang dengan pelbagai lauk-pauk yang terlalu banyak. Sampai tak larat nak makan. Lepas makan terus tido dalam bas... Letih makan


Masa nak sampai Bandung, kami singgah di kedai yang jual pelbagai makanan seperti kerepek, gula, dan segala macam makanan peram. Syurga makan lagi. Kalo Cik Enon Lala pi la. Jenuh makan la.. Balik Simpang Pulai mak pak x kenal dah. Kalo di lihat dalam gmabr diatas ada seorang mamat pakai topi kuning. mamat ini jual minumam. Jadi pak cik-pak cik yang ikut rombongan kami ni pun pekena la air halia. Lepas pekena  depa kata sedap la. Tunggu esoknya depa semua sakit perut.. ha ha ha.


Kami menginap di Hotel Surya Indah, di Cipanas iaitu 3.5 jam perjalanan ke Bandung. Kami bermalam disini sebelum ke Bandung esoknya. Hotel dia dikelilingi oleh pokok. Cukup nyaman sekali. Tiba waktu malam aku pergi karaoke lounge untuk memyampaikan lagu Broery Marantika iaitu Angin Malam & Widuri.. Macam orang Indon la malam tu. Mendapat tepukan gemuruh oleh sorang mamat cret waiter.


p/s: Semasa di Indonesia atau mana-mana destinasi dunia. Kita mesti merasa sepenuhnya masakan mereka. sebab kita datang dari jauh untuk merasa kepelbagaian masakan negara dan budaya asing. Oleh itu, anda perlu rasa kerepek "kulit sapi".

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini