Showing posts with label Muzium. Show all posts
Showing posts with label Muzium. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Pasport Jemaah Haji Tahun 1988


Pasport jemaah haji tahun 1988.

Bayar RM15.00 pada masa tu.

Monday, May 31, 2010

Galeri Paya Bakau Sungai Merbok


Jambatan untuk masuk ke Galeri Paya Bakau Sungai Merbok





Keadaan didalam Relau Pembakaran Kayu Bakau Untuk Buat Kayu Arang)


Bumbung Relau




Galeri ini belum dibuka. Entah bila nak buka pun tak tau.

Thursday, September 10, 2009

Medan III - Rahmat Galeri & Muzium

Mr. Ng dengan Pak Jul mengambil gambar kenangan bersama harimau.


Nasib baik harimau tu dah mati... kalo tidak dah gigit telinga..

Friday, April 24, 2009

Muzium Arkeologi - Sekitar














Lembah Bujang tersebar seluas 400 km persegi, merupakan tapak arkeologi terkaya di Malaysia. Ia merupakan kawasan penting pada Kurun ke-3 hingga ke-12 masihi. Lembah Bujang merupakan pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara pada ketika itu. Ia terkenal sebagai "Nusantara".

Muzium Akeologi Lembah Bujang mempunyai hampir seribu artifak sejarah yang telah dipulih dari sejarah peradaban yang tertimbus. Muzium ini mempunyai dua galeri utama yang mempamerkan pelbagai bahan yang menunjukkan bahawa kawasan ini merupakan pusataktiviti perdagangan dan penyebaran agama. Artifak yang dipamerkan termasuklah bekas tanah liat, manik, seramik, foto, dan pelbagai alatan dan tinggalan silam.

Tedapat lebih 2500 penemuan yang masih dalam peringkat kajian. Ahli Arkeologi dari dalam dan luar negara telah menemui lebih dari 50 candi atau kuil purba di kawasan Lembah Bujang dan sebilanganya telah dipulihkan ke bentuk struktur asal. Pelancong/pelawat dapat melihat pembinaan semula kuil purba ini di kawasan Bukit Batu Pahat (Belakang Muzium). Candi utama yang dibina semula termasuklah Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Bendang Dalam dan Candi Pengakalan Bujang.



Bagi yang ingin melawat dan melihat sendiri keindahan Bukit Batu Pahat dan keajaiban tinggalan sejarah terpenting Kerajaan Kedah Tua. Datanglah melawat tapak sejarah ini yang terletak 17 km dari Bandar Sungai Petani.


Muzuim Arkeologi Lembah Bujang
Operasi: 900 - 1700 sehari
Masuk Percuma
04-457 2005

Muzium Arkeologi - Artifak

















Ini semua merpakan tinggalan artifak sejarah yang penting. Semua ini dipamerkan di Muzium - Bangunan Utama dan Kedua. Dahulunya, masa kecil-kecil aku ingat lagi cuma da satu bangunan untuk pamer benda2 ni tetapi sekarang sudah ada dua. Hasil ekavasi seluruh kedah, penemuan baru yang banyak memerlukan pihak muzium menambah bangunan.

Yang terbaru, hasil kerjasama dengan USM kini telah menemukan beberapa tapak baru yang menunjukkan wujud penepatan disekitar Kg Semeling dan bersempadan dengan Kg Bujang. Penemuan terbaru ini menampakan bahawa wujudnya sebuah kilang memproses besi. Kini kawasan tersebut giat dijalankan proses ekavasi. Kawasan ini pada masa kini merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kelihatan pihak penyelidik mengupah penduduk temapatan untuk menjalankan proses ekavasi yang mana memerlukan penelitian dan kesungguhan yang tinggi, maklum la nak kena guna berus.. hehehe...

Walau bagaimanapun, pekembangan terbaru ini membuktikan bahawa Kawasan Merbok, Kedah ini dan sekitarnya merupakan permulaan kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Kedah Tua.