Showing posts with label Teknology. Show all posts
Showing posts with label Teknology. Show all posts
Sunday, November 20, 2011
Friday, July 01, 2011
Canon EF 50mm f/1.8 II
Ya!! Akhirnya aku beli juga lens 50mm ni. Walaupun berat hati nak melabur sebab masalah kewangan tetapi apa akan daya apabila minat menguasai diri dan juga didorong oleh masalah motor yang lens Tamron 70-300mm f/4.0-5.6 aku tu. Nak repair makan jugak dua tiga ratus, jadi lebih baik aku beli lens 50mm ni dulu. Sedap jugak pakai 50mm cuma aku tak reti sangat nak shoot pakai lens ni. Maklum la dah terbiasa dengan Tamron 70-300mm tu.
Lens ni aku order melalui Mzaidi Technology - Changlun pada 21hb Mei 2011 dan aku terima pada 23hb Mei 2011.
p/s: Cuma 50mm ni "bokeh" dia lebih cun dan imej lebh sharp dan cerah dikala tempat kurang cahaya.
Sunday, March 27, 2011
Ezhan Artwork - Sudah Ada "Official Facebook Page"
Ezhan Artwork - Sudah Ada :Official Facebook Page"
Sebelum ini hanya boleh berkomunikasi dengan Pereka Grafik Terbaek ini melalui Facebook beliau atau blog rasmi beliau iaitu ezhan-artwork . Kini dapat berkomen dan berbincang terus melalui Halaman Rasmi beliau.
Tahniah untuk Ezhan.
Kredit: ezhan-artwork blog
Friday, March 25, 2011
Sunday, March 20, 2011
Pelayar Web Pilihan
Opera 11 Beta
Opera 11 Beta menjadi pilihan aku untuk layari laman web, blog, fesbuk, tweeter dan baca surat khabar atas talian sebab fungsi "speed dial" yang banyak iaitu 25 membolehkan aku setkan beberapa laman dan blog pilihan yang selalu aku layari setiap hari.
Mozilla Firefox 3.6 & Firefox 4.0 Beta 11
Mozilla Firefox menjadi pilihan aku untuk "download" dan surf "forum" kerana ia mempunyai "add on" yang banyak. Yang penting menggunakan FF ini aku mudah memuaturun video dari YouTube. Maklum la, video HD dah ada dalam YouTube, jadi YouTube menjadi pilihan hati.
RockMelt
RockMelt pula baru hari ni aku guna (14hb Mac 2011). Dari pemgamatan dan hasil percubaan RockMelt ini lebih tertumpa kepada "social networking web browser" yang mana fungsi sebelah kiri dan kanannya mengutamakan Tweeter dan Facebook. Anda juga boleh menambah fungsi tersebut seperti YouTube dan Blogger.
p/s: Masih mencuba RockMelt.

Subscribe to:
Comments (Atom)