Showing posts with label Xperia. Show all posts
Showing posts with label Xperia. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Nasi Ayam Hainan Power

Tudia! Ada dua cawangan kat Sg Petani. Satu kat Pekan Baru dan satu lagi kat Lot 88

Nasi ni memang meletup rasanya. Kali pertama makan Nasi Ayam Hainan. Sebelum ni dok makan nasi ayam biasa orang Melayu buat atau orang Siam. Memang terbaek!

Thursday, March 15, 2012

Masih Bersemangat!

Masih bersemangat untuk bertanding. Kalo mcm tu, Gua pun nak jugak jadi calon PRU-13!

Monday, March 12, 2012

Jutawan!



Ini Merupakan mainan masa sekolah rendah.. Paling popular kat kampung masa tu. Nak beli pun bukan senang. Mahal. Budak sekolah mana ada duit nak beli. Tunggu duit raya baru dapat beli.

Saturday, January 28, 2012

Satay House, Kulim



Satay House, Kelang Lama Kulim

My feveret place untuk makan sate perut!! Mamat yang mulut muncung perasan kendo + jambu = anak ikan ni adalah Saya Lapar!

Thursday, January 26, 2012

Jimba Jomba bersama ASW & SL



Jimba Jomba

Pada Hari Natal 2011, kami kuar bersukaria di Sunway Carnival Mall dan selepas tu pekena nasi kandaq yang terbaik sedapnya di Hussain Nasi Kandar, Kulim Landmark. Memang terbaik!! Lepas tu SL mengajak karok. maklum la dia tu kan artis terkenal di Kulim..


Lepas Karok habis, terus masuk Pawagam Big Cinema layan Mission Impossible: Ghost Protocol sampai lewat malam. Memang hari yang terbaek dan hari yang byk habis duit.. ekekekke

Wednesday, January 25, 2012

Mee Wantan Siam


Mee Wantan Siam

Masa pi UUM (14/1/12), sempat singgah di Pekan Changlun nak pekena Mee Wantan orang siam buat. Rasa terbaek jugak. Maklum la jarang makan mee ni. Kalo selalu makan mungkin tempat lain lagi hebat!!! RM 2.50 jer.

Tuesday, January 24, 2012

KeowTeow Prai - Depan Pusat Kaji Cuaca


KeowTeow - Prai

Harga dalam RM 3.50. Memang terbaik setakat ini. Hampir sama macam keowteow Permatang Pauh...Kedai ini merupakan my feveret place untuk minum petang masa kerja di Prai dulu. 

Monday, January 23, 2012

Nasi Ayam


Nasi Ayam 

Nasi Ayam ni memang terbaik di Pekan Kulim. Waktu lunch saja orang penuh kat restoran ni.. Tak jauh dari Pizza dan Ambank. Dah kebetulan hari tu orang tak ramai, jadi akupun pi la try. Rasa mmg terbaik..!! Harga Nasi Ayam + Teh O Ais = RM 5.50.

Saturday, November 26, 2011

GNC


GNC
Mari makan supplemet. Tapi aku lebih suka makan Blackmores 'Executive B".

Thursday, November 24, 2011

Burger King


KLIA - Berger King 
Selepas beli kupon baucer Mc D kat Damasara tu, aku terus ke KLIA untuk urusan seterusnya, Sampai sana jer makan Berger King. pastu rasa mual rupanya gua dah kena demam... adoi

Wednesday, November 23, 2011

Golden Arches Restaurants Sdn Bhd


Golden Arches Restaurants Sdn Bhd
Aku ke sini dekat Damansara Uptwon 3  hanya untuk beli baucer Mc D RM500. Bayangkan perjalanan jauh dari Kulim, Kedah ke Damansara ni hanya nak dapatkan baucer..