Sunday, October 22, 2017

THAILAND : Train 111 to Lop Buri (Sunflower Field)

Platform 10
Untuk ke Lop Buri @ Lopburi perlu membeli tiket terlebih dahulu pada hari tersebut. Pada tahun 2016, kami bangun seawal 4:00 pagi untuk mengambil train paling awal tetapi train tersebut akhirnya dibatalkan dan terpaksa tunggu train jam 7:00 pagi. Oleh itu, kali ini kami ambil keputusan lebih selamat ambil train 7:00 pagi dan menunggu seawal 6:30 pagi di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.

Tiket dengan harga Bath 50

Untuk ke Lop Buri perlu menaiki Train 111 pada Platform 10. Train 111 menuju ke Den Chai ini akan bertolak pada jam 7:00 pagi dengan keadaan gerabak yang kosong. Kita masih berpeluang untuk duduk menikmati suasana pagi Bangkok dan kawasan sekitar.

Train 111

Train 111, Car No. 8 heading to Den Chai

Kalau nak mudah ambil kerusi berdekatan dengan tandas.

Perjalanan menuju ke Den Chai
Sambil tu layan media sosial dulu sebab perjalanan dari Bangkok ke Lop Buri mengambil masa 4 jam.

Bekalan perjalanan.
 Jika mengambil train ke Lop Buri, dinasihatkan membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Perjalanan 4 jam kadang-kadang rasa lapar tu akan menjelma hahahaha. Nasib Cik Enon membawa bekalan kecemasan kuih raya.

Perjalanan yang panjang sedikit membosankan.
Lop Buri

Keadaan Train semasa balik dari Lopburi.
Kali ini kami cuba untuk membeli tiket balik terlebih dahulu tetapi ditolak oleh pihak SRT. Walaupun kita request Class 1 pun dia tak layan. Mereka lebih mengutamakan rakyat mereka untuk mendapat peluang menaiki train yang murah ini. Kalau pelancong asing ini jangan harap nak dapat keistimewaan walaupun kita mau bayar mahal.

Lepas bertekak dengan kaunter, terpaksa ambil jugak train ini dan terpaksa berdiri selama 4 jam sehingga ke Bangkok. Ini merupakan kali kedua aku kena berdiri lama macam ni. Letih tu jangan ditanya. Sampai Bangkok terus balik hotel dan berehat puas dan makan puas-puas pada sebelah malam.

Gangguan yang selalu berlaku bila guna train antara bandar "intercity" ini adalah penjaja yang membawa jualan naik atas train. Dengan keadaan train yang padat dan penuh pun dia tétap nak naik jugak berhimpit minta laluan. Memang cukup mengganggu bila kita ini membawa beban kamera dan bag, jenuh nak mengelak sana sini.

Trip ini merupakan trip terakhir ke Lopburi. Dua kali sudah cukup menyeksakan tapi berbaloi.

2 comments:

  1. masa pjlanan tu x estimate mcm kt tiket ke? lau tgk kt situ dlm 2jam lebih jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa estimate saja. kadang2 lebih sebab train ni berhenti mcm bas. sekejap stop, sekejap Lagi stop. kalau kena hari yang x ramai org blh rasa sampai mcm masa yang dia estimate. tapi selalunya, kalau dari Lopburi ke Hua Lamphong kalau peak time, mau pengsan la berdiri 3 to 4 jam .

      Delete

sila coretkan disini