Wednesday, October 11, 2017

THAILAND : BTS SkyTrain

Pada gari kami sampai di Bangkok merupakan hujung tahun 2016 iaitu pada malam tahun baru 2017. Semasa hendak naik train dari Suvarnabhumi Airport kami mendapati kaunter mesin tiket tutup. Sudah merasa pelik, terus ke kaunter tiket bertanya kepada staf yang bertugas. Beliau memberitahu bahawa malam tahun baharu, semua perjalanan train antara bandar adalah percuma. Wah! Kalau kat Malaysia rasanya tidak pernah ada lagi.

Pada hari tahun baharu, kami mengambil BTS SkyTrain untuk ke Chatuchak Weekend Market. Tambang tidak pasti berapa  sebab sudah lama.


Laluan BTS SkyTrain ada disediakan dibelakang kad access/tiket dan jugak papan peta laluan bagi kemudahan pengguna.

Pandangan dari atas station BTS.



My Super Sporting travel buddy. Gila-gila dan super gila.

Bangkok pada masa awal tahun ini memang seronok sebab ramai pelancong. Bermacam-macam orang dapat kita lihat dan berbagai gelagat. Itu semua merupakan satu pengalaman yang sukar diperolehi.

Di Bangkok ini terlalu banyak tempat yang bleh kita lawati dan shopping. Saya merasakan setiap kali ke Bangkok mesti ada sesuatu yang baharu yang menarik. Trip kali ini memang untuk shopping tetapi rasa mcm tidak cukup sebab masa amat terhad.

Restaurant ini unik dengan Kepala lori menjadi penghias ruang makan.
Benda yang harus kita rasa semasa di Bangkok dan perlu kita cuba adalah masakan, pasar malam, cenderahati dan berbagai-bagai lagi benda yang begitu menarik. Dalam semua perkara, saya lebih suka mencuba makanan seperti bihun sup, pulut dan patthai yang amat sedap! Heaven! harus ke sini lagi.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini