Showing posts with label 18-200mm. Show all posts
Showing posts with label 18-200mm. Show all posts

Friday, December 25, 2015

Jan 04, 2015 : Backpack to BKK - Chatuchak Weekend Market

Ini merupakan Exit ke Chatuchak Weekend Market yang terletak di Bangkok, Thailand. 

Tourist Information Counter / Centre yang terletak di pintu masuk Chatuchak Weekend Market. Di kaunter ini kita boleh mendapatkan peta kedudukan gerai-gerai yang berjumlah melebihi 6000 buah. Peta tersebut penting bagi memudahkan kita mencari barang dan mengelakkan daripada sesat.


Thursday, December 24, 2015

Jan 04, 2015 : Backpack to BKK - Kak Jak Restaurant @ Chatuchak Weekend Market

Andai anda melawat ke Chatuchak Weekend Market di Bangkok. Jangan risau tentang makanan halal kerana ada restoran yang menyediakan makanan halal Siam. Kak Jak Restaurant ada di nombre 26. 

Meja restoran ini unik kerna menggunakan mesin jahit lama. Pertama kali singgah tidak perasan, namun setelah menjamah makanan baru perasan ada sesuatu pelik tentang meja ni.

Friday, October 30, 2015

Thursday, October 29, 2015

Jan 02, 2015 : Backpack to BKK - Local Bus


Kalau kita travel ke negara asing, avalan  satu kelebihan kalau kita mencuba pengangkutan tempatan terutamanya bas.

Pemandangan atas jejambat berhampiran MBk, Bangkok.

Tuesday, October 13, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - The Grand Palace

Untuk ke sini kami menaiki Boat Taxi dari pusat bandar tapi malangnya Grand Palace dah tutup.

Pengawal yang berjaga di pinta utama The Grand Palace. 

Sunday, October 11, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - Halal Food at Khaosan Road

Kedai ini ada menawarkan makanan halal. Ramai jugak pelanggan waktu malam.

Ada madam-macam menu tapi dah tak beraap celera nak makan sebab letih berjalan sharian.

Saturday, October 10, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - The Khaosan Road

Kawasan Khosan Road ni memang sangat popular  bagi pelancong asing, termasuk jugak kami. Keadaan sini memang sangat happening.

Gerai tupi jalan memang banyak dan pelbagai snek dijual. 

Saturday, May 16, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - The Chao Phraya


Masa ni tengah mencari mana dia Si Phraya Pier.

Lepas tanya, baru jumpa dicelah-celah bangunan Hotel Sheraton.

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - The Chao Phraya


Masa ni tengah mencari mana dia Si Phraya Pier.

Lepas tanya, baru jumpa dicelah-celah bangunan Hotel Sheraton.

Monday, May 11, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - The Chilli Bangkok


Ini brosur The Chilli Bangkok. Penginapan yang budget dan menarik design dia. sangat sesuai untuk backpackers yang mengutamakan budget ketat.

Kemudahan disediakan termasuk internet percuma, ada ruang cafe internet, pool, bacaan dan muzik.

Sunday, May 10, 2015

Jan 01, 2015 : Backpack to BKK - Hualamphong Railway Station

1hb Januari 2015 pertama kali jejak ke Bangkok via keretapi. Memang menyeronokkan perjalanan guna keretapi cuma kita perlu sabarrrrrrrr... al maklum la keretapi ni lambat sampai. Bertolak dari Butterworth dalam Jam 2:15 petang 31/12/14 dan sampai di Bangkok Jam 11:00 pagi. Hampir 20 jam lebih terperap.

Keretapi State Railways of Thailand (SRT) akan berhenti di Platform 5. Kalo nak balik ke Butterworth dari Bangkok dia bertolak jam 2:45 petang (WB).

Sunday, February 15, 2015

Dec 31, 2014: Backpack to BKK - Keretapi Ekspres Antarabangsa (Butterworth - Bangkok)

31-12-2014: Baru bertolak dari Penang Sentral - Butterworth Train Station.Bertolak dalam jam 14:00 petang. Jam 14:00, keretapi terpaksa berhenti agak lama disebabkan coach Ekspress Antarabangsa tercabut semasa keretapi sampai di Stesen Bukit Mertajam. 

Jam 14:15, Order makan untuk "Dinner" akan diambil oleh seorang wakil (Orang Thailand), masakan adalah halal. Makanan akan dihidangkan semasa memasuki Thailand.
Jam 15:45, melepasi kawasan Gurun, Kedah. (Video)
Jam 16:15, sampai di KTM Alor Setar (Photo)
Jam 16:40, Sampai di KTM Kodiang, Kedah.
Jam 1645, sampai di KTM Arau, Perlis.
Jam 17:00, Sampai di Padang Besar,Perlis. Disini keretapi akan berhenti lama untuk proses pemeriksaan Imigresen Malaysia dan Thailand.
Jam 17:30, selepas pemeriksaan Imigresen Malaysia dan Thailand. Makanan "Dinner" yang dah diorder semasa di KTM Bukit Mertajam akan dihidangkan.

Wednesday, November 19, 2014

Vietnam - Morgan Hotel

Check-In time dilayani dua awek Vietnam

Manager dia kepala botak, ramah tamah. Itulah keistimewaan hotel di Hanoi.

Sunday, November 16, 2014

Sunday, September 14, 2014

Vietnam: Halong Bay - Open Sea




Permandangan indah laut terbuka di Halong Bay

Kedaan pulau yang bebukit memberi satu suasana yang menarik

Sunday, June 15, 2014

Vietnam: Halong Bay - Island Cave

Perjalanan selama hampir 40 minit kalo tak silap sambil makan sambil berlayar. Kami tiba ditengah-tengah kepulauan Halong Bay. Disini kami akan menaiki sampan kecil (bulat) untuk melihat dengan lebih dekat Gua Pulau iaitu Gua ditengah pulau yang terhasil dari hakisan batu kapur.

Tengah repair sampan.

Thursday, June 12, 2014

Vietnam: Halong Bay Cruise

Its was Gorgeous

Kelihatan ada pelantar dan rumah terapung yang berada sekitar perhentian pertama di Halong Bay. Pehentian menyediakan kemudahan perahu dan canoe untuk kegunaan pelancong. Tujuan adalah utk melawat gua yang terjadi ditengah2 dua buah pulau. Menarik dan Exotic!

Friday, June 06, 2014

Vietnam : Jetty to Halong Bay

Kami sampai ke Jeti ni lebih kurang jam 12:30 tgh hari waktu Vietnam. Terus ikut pemandu pelancong ke dalam jeti untuk membeli tiket.


Berkaca mata adalah Pemandu Pelancong dan seorang lagi adalah pembantu. Dia memberikan sedikit taklimat ringkas dan menyuruh kami tunggu 5 minit. tunggu punya tunggu 30 minit jugak la baru nak boleh naik bot.

Tuesday, June 03, 2014

Vietnam : Trip ke Halong Bay

Pemandu Pelancong ni memang ramah. Lupa plak nama dia. Setelah kami booking trip ke Halong Bay, keesokan harinya bas ni akan datang depan hotel untuk bawa kami ke Halong Bay. Tepat 8:30 dia sampai, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam bergantung kepada keaadaan trafik dan hari. Kami pergi pada hari kerja biasa (weekday) jadi keadaan jalan tak begitu sibuk. Namun, cuaca amat panas. Kami sampai di Jetty Halong Bay lebih kurang tengah hari dah.

Dalam perjalanan ke Halong Bay, dipertengahan jalan bas akan berhenti rehat sekejap disebuah kilang buat ukiran batu. Disini juga dijual ayaman sutera (seni halus). Seperti bingkai yang tergantung didinding tu merupakan sutera yang dianyam halus sehingga menjadi permandangan indah. Siapa sangka ia adalah tenunan/ayaman sutera seni halus.