Penulisan Saudara Musa Nuwayri |
Buku hasil penulisan Saudara Musa Nuwayri ini mengisahkan perjuangan beliau dan rakan dalam bantuan kemanusian dan kesukarelawan dibumi Arab. Menceritakan pahit manis seorang sukarelawan menperjuangkan nasib rakyat yang tertindas dan menyalurkan peluang pendidikan yang lebih baik. Namun, mereka jugak tidak terlepas dari segelintar masyarakat yang mengambil kesempatan dari kebaikan mereka.
Secara keseluruhan, buku ini amat berguna untuk kita mengkaji dan menimba ilmu dari Saudara Musa secara tidak langsung bagaimana mereka menjalankan aktiviti kesukarelawan di tempat asing dan juga memberi kita pengajaran berguna bahawa walaupun kita seagama namun hati lain-lain.
Tanpa buku seperti ini, bagi saya kita tidak akan tahu bahawa diluar sana terdapat ramai rachat Malaysia yang berkerja sebagai sukarelawan untuk membantu manusia lain yang dalam kesusahan. Mereka ini sanggup memperuntukan masa, tenaga, buah fikiran dan wang untuk aktiviti seperti ini. Bukan semua orang mampu melakukan apa yang mereka lakukan dan ramai dikalangan kita yang lebih selesa dengan berhibur dan melancong dari bergerak ke tempãt-tempat seperti ini untuk menghulurkan bantuan. Buku ini sama seperti penulisan Saudara Izzat Ibrahim "Camp De Calais" yang memperlihatkan perjuangan tanpa penat lelah Saudara Izzat.
Link:
"CAMP DE CALAIS"
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini