Buku Travelog hasil penulisan Saudara Mhilmi Osman. |
Berbalik kepada ulasan buku ini, gaya penulisan pada peringkat awal agak kurang padat dan tidak begitu kemas. Sepatutnya, pihak penerbit perlu meneliti penulisan supaya lebih padat dan berkualiti. Penulisan Mhilmi seperti berulang-ulang untuk menyatakan perkara yang sama dalam satu perenggan yang sama atau dalam bab yang sama. Bila dibaca kita akan merasa seperti sesat dalam terang. Bagi saya, Mhilmi cuba untuk menyampaikan apa yang beliau ingin pembaca faham tetapi ayat tersebut berulang-ulang walaupun ayat sedikit berbeza tetapi maksud yang cuba disampaikan adalah sama. Walau bagaimanapun, pengisian dan maklumat yang ingin dinyatakan masih "intact" dan cukup untuk menyajikan pembaca perjalanan pegembaraan mereka.
Foto-foto yang dilampirkan begitu menarik dan cantik. Secara langsung membawa pembaca ke Nepal. Justeru, berdasarkan apa yang saya perolehi dari hasil pembacaan buku travelog ini, sesiapa yang belum pernah menjejaki ke bumi Nepal boleh menggunakan maklumat yang disampaikan sebagai panduan perjalanan untuk ke Langtang Valley, Sarangkut Hill dan Pokhara.
Kesimpulanya, buku ini secara keseluruhan adalah baik dan dapatkan senaskhah dipasaran.
Harga MPH RM 28.00
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini