Friday, October 13, 2017

THAILAND : Penjagaan Hidupan Bandar (Ungas)

Terdetik hati nurani bila melihat usaha yang dilakukan di Bangkok, Thailand. Kesukaran ungas seperti burung untuk mendapatkan makanan mungkin menyebabkan mereka menyediakan sedikit bantuan supaya burung-burung yang mendiami kotaraya Bangkok ini tidak kelaparan pada musim sukar.


Pemberian makanan ini jugak dapat mengelakkan burung-burung yang kelaparan ini menganggu Kedai-kedai makan atau menyelongkar tong sampah yang kemudianya akan menyumbang masala dan ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Justeru, tindakan ini merupakan satu langkah yang amat bijak dalam usaha mejadikan Bandaraya Bangkok mesra untuk makhluk Allah. Tanpa mengira agama dan bangsa, mereka amat prihatin dalam menjaga haiwan. 
Tindakan murni ini sepatutnya diangkat sebagai satu kerja dan usaha yang mulia. Sepatutnya, Malaysia mencontohi mereka. Berdasarkan pembacaan buku sebelum ini, terdapat jugak orang di negara barat yang menyediakan makanan kepada haiwan semasa musim sejuk atau musim kemarau bagi membantu haiwan dari kebuluran.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini