Saturday, October 07, 2017

THAILAND : Perkhidmatan Bas Awam di Bangkok

Bas Awam di Bandaraya Bangkok agak usang jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang tetapi apa yang dapat dilihat disini, sistem tiket masih menggunakan tenaga manusia iaitu Konduktor. 




Kenapa Thailand masih menggunakan Konduktor Tiket dalam perkhidmatan bas awam mereka berbanding tiket auto macam Bas Rapid? 

Kalau dilihat disini, memang nampak mcm ketinggalan tetapi dari segi ekonomi dan sumber tenaga  manusia ia merupakan satu keputusan bijak.

Sistem lama ini dapat menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat Thailand sendiri. Itulah intipati penting sebuah perancangan ekonomi bagi membasmi pengangguran.

Bagi negara yang kekurangan tenaga kerja, penggunaan teknologi untuk mengantikan manusia itu merupakan satu keperluan tetapi bagi sebuah negara yang besar dan mempunyai penawaran sumber manusia yang ramai. Perancangan yang teliti dan menyeluruh adalah penting.

Penulis merasakan adalah penting mengekalkan penggunaan tenaga manusia kerana secara langsung dapat menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat sesebuah negara. 
Kalau travel ke mana-mana tempat dalam dunia ini, adalah menjadi suatu kewajipan untuk mencuba perkhidmatan awam mereka sama ada teksi, bas, keretapi dan sebagainya. Ia adalah satu pengalaman yang mahal. Kalau kita travel dlm kumpulan kecil, memang saya sarankan. Kalau kumpulan besar tentunya mustahil dan payah untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini