Monday, February 05, 2018

BOOK REVIEW : KAYUH MENGEJAR HORIZON


REVIEW
Buku hasil dari catatan perjalanan Azraei Muhamad yang mulakan kayuhan semasa Perarakan Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Kuantan. Beliau memulakan kayuhan ke Pantai Timur, Utara dan kembali ke Kuantan.

Amat sesuai untuk individu yang ingin memulakan kayuhan mengelilingi Malaysia kerana sedikit sebanyak telah dikongsikan didalam buku ini.

P/s: Semoga beliau bertemu jodoh. hahahaha

BOOK REVIEW : DALAM BAYANG-BAYANG LENIN


REVIEW
Penulisan ilmiah dari Franz Magnis-Suseno bertajuk “Dalam Bayang-Bayang Lenin” merupakan sebuah kupasan mengenai pemikiran Karl Mark dan dipacu oleh Pemikiran Lenin semasa kegemilangan Komunis Rusia, October 1917.

P/s: Masih dalam pembacaan

BOOK REVIEW : AMIRUL BUDAK SUDAN


REVIEW
Naskah buku ini adalah hasil penulisan Roza Roslan (Puan Raudah Roslan). Ia mengisahkan anak pasangan Prof. Dr. Muhammad Kamil Ibrahim dan Puan Raudah Roslan bernama Ahmad Amirul Iman yang bermukim di bumi Sudan bersama keluarga angkat Abla Ibtisam. 

Sebuah pengalaman yang unik dan sukar diperolehi. Apa yang sangat menarik ? Sudah tentu mengenai pengalaman remaja yang baru berumur 15 tahĂșn sudah merantau jauh ke Sudan. Sebuah negara yang bergolak dengan perang saudara diantara Sudan Utara dan Sudan Selatan. Pada umur sedemikian sudah tentu amat sukar bagi seorang ibu mahu melepaskan anaknya jauh dari pandangan dan jauh pula dinegara asing. 

Amirul yang merupakan seorang remaja yang boleh saya katakan seorang yang berani dan mempunyai karakter tersendiri.Untuk mengetahui perjalanan lanjut saya syorkan anda menbeli buku ini.

p/s: HIGHLY RECOMMENDED

Sunday, October 22, 2017

THAILAND : Train 111 to Lop Buri (Sunflower Field)

Platform 10
Untuk ke Lop Buri @ Lopburi perlu membeli tiket terlebih dahulu pada hari tersebut. Pada tahun 2016, kami bangun seawal 4:00 pagi untuk mengambil train paling awal tetapi train tersebut akhirnya dibatalkan dan terpaksa tunggu train jam 7:00 pagi. Oleh itu, kali ini kami ambil keputusan lebih selamat ambil train 7:00 pagi dan menunggu seawal 6:30 pagi di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.

Tiket dengan harga Bath 50

Friday, October 13, 2017

THAILAND : Penjagaan Hidupan Bandar (Ungas)

Terdetik hati nurani bila melihat usaha yang dilakukan di Bangkok, Thailand. Kesukaran ungas seperti burung untuk mendapatkan makanan mungkin menyebabkan mereka menyediakan sedikit bantuan supaya burung-burung yang mendiami kotaraya Bangkok ini tidak kelaparan pada musim sukar.