Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, March 13, 2022

NASI LEMAK: SIGNATURE BREAKFAST

Nasi Lemak - Mak Lang Signature Breakfast.
Nasi Lemak yang diwarisi oleh Arwah Emak sejak aku masih kecik. Masa sekolah rendah, aku menjual nasi ini disekolah dan jualan sangat laris sampai aku sendiri pun tak larat nak bawa banyak-banyak ke sekolah. Sebuah kenangan yang indah masa kecil.
Cara membalut Nasi Lemak ini bukannya mudah. Aku sendiri pun belajar lama dengan Arwah Mak untuk membalut nasi ini dengan baik dan kemas. Alhamdulilah, berjaya juga membalut dengan baik walaupun ada bahagian atas yang masih terbuka. Tetapi yang paling penting adalah aku berjaya menguasai 95% teknik membuat nasi lemak ini dari Arwah Mak, dari pemilihan bahan mentah, membuat sambal, memasak nasi dan membalut nasi.

SAMBAL BELACAN: BAGAIMANA HENDAK BUAT SAMBAL BELACAN SEDAP?


Pertama, pemilihan bahan mentah yang segar. Cabai Melaka, Cabai Burung dan Cabai Hidup dibersihkan dan dimasukkan ke dalam lesung batu. 
Kedua, masukkan Asam Jawa sebesar ibu jari kaki.
Ketiga, masukkan Belacan (kualiti tinggi) sebesar ibu jari kaki atau lebih.
Keempat, masukan Garam Halus dan Ajinomoto secukup rasa.

JANGAN MASUKKAN AIR ATAU AIR PERAHAN LIMAU.

Wednesday, August 16, 2017

CAMPING : Pulau Songsong

Sesi pagi Ahad (13 Ogos 2017), bangun sekitar jam 4:00 pagi setelah mendengar "alarm" berbunyi dari khemah sebelah kanan. Bila dah bangun terus terasa lapar. Terus memasak air dengan kole sambil itu juga, masak sardin separuh masak untuk makan dengan roti.

Kelihatan sardin sudah suku masak.

Wednesday, May 01, 2013