Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts

Friday, March 18, 2022

GerakBudaya (Shopee) - Memborong 13 Buah Buku

 

13 buah buku diborong sekaligus bagi tahun 2022 dari GerakBudaya

Setiap tahun aku akan menghabiskan sekurang-kurangnya RM 700 untuk pembelian buku. Sehinggakan sesetengah buku aku beli masih belum terbaca. Kemarin aku baru hendak mula membaca buku yang aku beli pada tahun 2018, bayangkan sudah lima tahun baru nak membaca buku tersebut yang ketebalannya hampir 1000 mukasurat. Ya! buku 'Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad'.

Sebanarnya, mood membaca aku ini ada bermusim juga. Kadang kala bila terbeli buku baharu, aku baca buku yang baharu itu dulu. Tahun lepas bulan September 2021, aku beli dua jilid buku 'Ustazah Basikal' yang mana jilid pertama pun makan masa dua bulan lebih dah habiskan dan disambung jilid kedua yang baru aku habis baca semalam (itupun bab akhir Bab Arab Saudi aku tidak baca), tengok-tengok dia keluar pulak sampai jilid lima. Ahhhh. Tidak apa, tak perlu beli lagi. Cukup buat sementara waktu, baik aku beli buku lain untuk mengalih pandangan ke sudut ilmiah yang lain.

Pada hakikatnya, masa aku menulis blog ini, aku masih ada lebih 50 buah buku yang belum aku baca yang aku beli sejak bertahun-tahun dahulu termasuklah 13 yang kemarin. Ini pun rasa macam hendak beli lagi sebab kuota perbelanjaan tahunan belum capai. Menang membeli alah membaca!

Monday, November 18, 2019

BOOK REVIEW: PENCHINAAN MALAYSIA


Saya mula membaca pendahuluan buku ini yang saya beli melalui https://www.kafilahbuku.com pada 21hb Oktober 2019 dan menerimanya pada keesokkan harinya. Sangat pantas proses penghantarannya. 

Buku ini diterbitkan oleh IRIS Institute (https://iris.institute/kenali-iris/) dengan garapan kandungannya yang padat (disertakan rujukan nota kaki) dan fakta yang menarik perhatian yang mungkin selama ini kita tidak sedar sudah lama berlaku di Tanah Air Malaysia ini.

Gerakan atau gelombang pergerakan pechinaan tersebut sudah lama berlaku sejak zaman penjajahan lagi dan ini amat menakutkan jika kita mendalami secara ilmiah isi kandungan buku ini. Fakta sokongan yang diketengahkan (disokong dengan nota kaki) amat berguna unto pembaca membuat rujukan yang lebih mendalam dan mengesahkan sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji atau penulis adalah benar belaka.

Saya amat menyesorkan Anak-anak muda untuk membaca buku ini yang sedikit sebanyak membuka minda dan ruang lingkup pemikiran untuk lebih bersedia pada masa depan. Kita masih seronok dengan apa yang kita ada sekarang tetapi kita tidak tahu, bahawa apa yang kita miliki pada saat ini akan sedikit demi sedikit hilang ditelan arus zaman dan penjajahan alaf baharu.

Recommendation: 5 Bintang