Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Monday, November 18, 2019

BOOK REVIEW: PENCHINAAN MALAYSIA


Saya mula membaca pendahuluan buku ini yang saya beli melalui https://www.kafilahbuku.com pada 21hb Oktober 2019 dan menerimanya pada keesokkan harinya. Sangat pantas proses penghantarannya. 

Buku ini diterbitkan oleh IRIS Institute (https://iris.institute/kenali-iris/) dengan garapan kandungannya yang padat (disertakan rujukan nota kaki) dan fakta yang menarik perhatian yang mungkin selama ini kita tidak sedar sudah lama berlaku di Tanah Air Malaysia ini.

Gerakan atau gelombang pergerakan pechinaan tersebut sudah lama berlaku sejak zaman penjajahan lagi dan ini amat menakutkan jika kita mendalami secara ilmiah isi kandungan buku ini. Fakta sokongan yang diketengahkan (disokong dengan nota kaki) amat berguna unto pembaca membuat rujukan yang lebih mendalam dan mengesahkan sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji atau penulis adalah benar belaka.

Saya amat menyesorkan Anak-anak muda untuk membaca buku ini yang sedikit sebanyak membuka minda dan ruang lingkup pemikiran untuk lebih bersedia pada masa depan. Kita masih seronok dengan apa yang kita ada sekarang tetapi kita tidak tahu, bahawa apa yang kita miliki pada saat ini akan sedikit demi sedikit hilang ditelan arus zaman dan penjajahan alaf baharu.

Recommendation: 5 Bintang

Wednesday, July 12, 2017

BOOK REVIEW : MERENTAS AMERIKA

Penulisan Badrul Hisham.
Review:
Buku hasil penulisan Saudara Badrul Hisham ini merupakan naskah yang perlu dimiliki - "Must read"!. Kandungan yang disampaikan begitu bersahaja dan menarik. Pada pendapat saya, apa yang cuba disampaikan oleh beliau agak lucu. Pada bahagian kena kejar dengan polis memang cukup thrilled.

Saya seronok baca hasil penulisan Badrul yang santai. Saudara Badrul kelihatan agak selekeh dengan baju besar dan berseluar 3 suku itu menjadikan penampilan beliau dalam buku ini melucukan. Ya! Pada pengalaman saya jugak, bila kita mengembara ke sesuatu tempat tidak semestinya kita berpakaian kemas "ala-ala nak pi photoshoot". Saya suka pakaian yang sederhana supaya tidak terlalu obvious. Hal ini kerna, sesetengah tempat kalau kita pakai terlalu obvious bergaya dengan cermin mata hitam dan sebagainya akan selalu kena scam atau dikenakan cas yang tinggi berbanding orang yang pakai sederhana kerana mereka beranggapan kita ini golongan kaya yang melancong.

Biar pakai selekeh tapi jadi la terlalu selekeh sangat sampai dari jauh orang dah person. Biar biasa-biasa macam orang lain ditempat itu "blend with local style"-

Pengalaman yang dikongsikan oleh Badrul bagi saya amat berharga dan boleh digunakan sebagai tips untuk kembara di US. Sewa kereta dan pendu sendiri. Macam pernah dilakukan oleh Sahabat Travel saya iaitu Enon Lalala semasa beliau ke Korea Selatan dan Australia.

BOOK REVIEW: MERENTAS AMERIKA by BADRUL HISHAM

Saturday, July 08, 2017

BOOK REVIEW: PENINSULA - A Story of Malaysia

Buku hasil penulisan Saudara Rehman Rashid
Review:
Buku Peninsula : A Story of Malaysia merupakan sebuah buku tentang suasana politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. Buku ini memuatkan kandungan bukan sahaja tentang isu politik semasa penulis berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbitan surat khabar, malah merangkumi perjalanan hidup beliau dan isteri.

Penulisan buku ini amat baik sekali dan bermanfaat sebagai santapan minda. Kandungan buku ini boleh dikatakan berat dan ilmiah.

PENINSULA : A STORY OF MALAYSIA by Rehman Rashid

p/s: Semasa menulis ini saya baru baca separuh buku.