Friday, March 18, 2022

GerakBudaya (Shopee) - Memborong 13 Buah Buku

 

13 buah buku diborong sekaligus bagi tahun 2022 dari GerakBudaya

Setiap tahun aku akan menghabiskan sekurang-kurangnya RM 700 untuk pembelian buku. Sehinggakan sesetengah buku aku beli masih belum terbaca. Kemarin aku baru hendak mula membaca buku yang aku beli pada tahun 2018, bayangkan sudah lima tahun baru nak membaca buku tersebut yang ketebalannya hampir 1000 mukasurat. Ya! buku 'Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad'.

Sebanarnya, mood membaca aku ini ada bermusim juga. Kadang kala bila terbeli buku baharu, aku baca buku yang baharu itu dulu. Tahun lepas bulan September 2021, aku beli dua jilid buku 'Ustazah Basikal' yang mana jilid pertama pun makan masa dua bulan lebih dah habiskan dan disambung jilid kedua yang baru aku habis baca semalam (itupun bab akhir Bab Arab Saudi aku tidak baca), tengok-tengok dia keluar pulak sampai jilid lima. Ahhhh. Tidak apa, tak perlu beli lagi. Cukup buat sementara waktu, baik aku beli buku lain untuk mengalih pandangan ke sudut ilmiah yang lain.

Pada hakikatnya, masa aku menulis blog ini, aku masih ada lebih 50 buah buku yang belum aku baca yang aku beli sejak bertahun-tahun dahulu termasuklah 13 yang kemarin. Ini pun rasa macam hendak beli lagi sebab kuota perbelanjaan tahunan belum capai. Menang membeli alah membaca!

Arctic World Archive (AWA)

Arctic World Achieve (AWA)

Dibina untuk menyimpan data dan maklumat penting sebagai rujukan pada masa depan.  AWA direkabentuk untuk tahan bencara alam mahupun bencana yang berpunca dari manusia.  Ia merupakan tempat yang paling selamat dibumi dan ia boleh tersimpan untuk jangka masa yang panjang.  Disebabkan simpanan data digital dan dalam talian akan terdedah dengan pelbagai ancaman risiko dan juga keterbatasan teknologi simpanan data moden, AWA merupakan jalan terbaik untuk menjadi tempat penyimpanan selamat (safe repository) memori dunia.


Sunday, March 13, 2022

NASI LEMAK: SIGNATURE BREAKFAST

Nasi Lemak - Mak Lang Signature Breakfast.
Nasi Lemak yang diwarisi oleh Arwah Emak sejak aku masih kecik. Masa sekolah rendah, aku menjual nasi ini disekolah dan jualan sangat laris sampai aku sendiri pun tak larat nak bawa banyak-banyak ke sekolah. Sebuah kenangan yang indah masa kecil.
Cara membalut Nasi Lemak ini bukannya mudah. Aku sendiri pun belajar lama dengan Arwah Mak untuk membalut nasi ini dengan baik dan kemas. Alhamdulilah, berjaya juga membalut dengan baik walaupun ada bahagian atas yang masih terbuka. Tetapi yang paling penting adalah aku berjaya menguasai 95% teknik membuat nasi lemak ini dari Arwah Mak, dari pemilihan bahan mentah, membuat sambal, memasak nasi dan membalut nasi.

SAMBAL BELACAN: BAGAIMANA HENDAK BUAT SAMBAL BELACAN SEDAP?


Pertama, pemilihan bahan mentah yang segar. Cabai Melaka, Cabai Burung dan Cabai Hidup dibersihkan dan dimasukkan ke dalam lesung batu. 
Kedua, masukkan Asam Jawa sebesar ibu jari kaki.
Ketiga, masukkan Belacan (kualiti tinggi) sebesar ibu jari kaki atau lebih.
Keempat, masukan Garam Halus dan Ajinomoto secukup rasa.

JANGAN MASUKKAN AIR ATAU AIR PERAHAN LIMAU.