Tuesday, March 22, 2011

Ulasan Buku: War of Deception - Daim Zainuddin






War of Deception - Daim Zainuddin
Buku ini aku dah baca bertahun-tahun dulu. Baru sekarang terasa nak berkongsi dalam blog ni. Buku ni aku beli masa semester tiga di UUM.Semasa tempoh ni hangat diperkatakan tentang peranng di Afghanistan dan Iraq. Sesuai untuk dibaca oleh individu yang suka bacaan separuh berat tentang hubungan antarabangsa, perang, politik dan ekonomi. 

Melalui buku ini kita dapat memahami maksud sesebuah peperangan yang memberi dua impak. Pertama, pihak yang kalah hilang kuasa dibumi sendiri dan ekonomi jatuh dengan teruknya. Pelbagai pelan rangsangan ekonomi dilaksanakan oleh pemerintah baru. Kedua, pihak yang menang dengan propagandanya akan memenuhi segala dada akhbar dan media massa. Jangan dilupa hasil peperangan ini syarikat-syarikat gergasi dari negara sekutu pihak yang menyerang akan mengambil peluang untuk melabur dan memperdagangkan produk dan perkhidmatan mereka ditanah jajahan baru ini. 


Keuntungan dipihak swasta ini bukan hanya bermula ketika pihak penceroboh menang keatas perang tersebut tetapi bermula semasa perang itu masih dalam perancangan. Bagaimana ia bermula? Sudah tentu dengan perolehan kontrak-kontrak membekalkan peluru, kelengkapan tentera, kelengkapan jentera berat, senjata  api dan sebagainya sudah mula menampakan keuntungan bagi pihak ini.


p/s: Ulasan aku ni dah melebihan kandungan buku.


1 comment:

  1. Ia membuka minda terhadap maksud dan akibat sesuatu peperangan yang terancang demi kepentingan luar bukan dalam negara itu sendiri.

    ReplyDelete

sila coretkan disini