Ulasan Buku Catatan Pengembaraan Munir Ramli
Secara keseluruhan, buku ini terbaik untuk bacaan anak-anak muda kerana ia memberi motivasi, ilmu, pengetahuan dan maklumat HAJI. Itu yang penting. Setelah membaca buku ni, aku rasa utk melakukan haji itu bukan susah cuma keadaan jutaan manusia itu yang menjadikan ia susah utk diusahakan.
Selain itu, maklumat seperti pengajian di Syria dan memohon kerja di sebuah hotel terkemuka memberikan gambaran bahawa penulis merupakan individu yang mempunyai semangat yang kuat utk kembali menuntut ilmu dan selepas itu berkerja di hotel terkemuka dan beliau terpaksa menangguh perjalanan demi mencapai hasrat semasa beliau.
Kejadian di sempadan Greece menjadi pengajaran buat aku. Memang ini akan berlaku bila pihak Imigresen Greece itu menyalah guna kuasa [bagi aku]. Nasib baik dalam program penjelajahan [melancong] aku x jadi begini. Cuma sekali di Medan, Indonesia semasa pergi outstation dgn supplier tiba-tiba aku tersalah letak "Arrival Card" yang amat penting. Kad tersebut membuktikan bahawa kita masuk ke Indonesia secara sah melalui LTA Polonia, Medan. Nasib baik, kad itu jatuh dalam kereta. Kalo tidak urusan balik ke Malaysia sememangnya sukar.
Aku x nak mengulas banyak. Kalo ingin tahu cabarab yang dihadapi oleh Munir dan Rakan2 beliau . Sila la beli, tak mahal pun cuma RM 18..
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini