Monday, August 28, 2017

THAILAND : Khaosan Road Night Life


Khaosan Road, merupakan kawasan yang sibuk dengan pelancong dalam dan luar negara. Aku dan kawan bertandang ke Bangkok pada malam tahun baharu. Perghh, sesampai sahaja di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dapat naik train percuma. Percuma sebab syarikat train bagi percuma sempena malam tahun baharu. Khaosan Road cukup sesak dengan manusia masa hampir tengah malam. Jalan berhimpit macam kat konsert, kalau tersepit malam tu sure dah boleh mati.

Pada  malam sambutan tahun baharu, anggota keselamatan Thailand bersiap sedia dipintu masuk dan lokasi strategik di kawasan Khaosan ini. Maklumlah, majoriti yang ada disini adalah pelancong asing.

Suasana malam disini (bersebelahan Khaosan Road) ini pun happening dengan "Street Food" yang sedap dan murah. Seperti biasa aku akan ke kedai muslim ditepi 7 Eleven tu. Bihun Sup makan dengan cabai bubuh sampai terbeliak bijik mata kalau kena. Memang menjadi feveret aku la. For sure 2 mangkuk!!

Sunday, August 27, 2017

THAILAND : Sunflower Field, Lopburi.

Cantikkan Bunga Matahari di Lopburi, Thailand ni. Ini merupakan kali kedua aku ke sini dan baru aku tahu rupanya, terdapat ladang-ladang baharu dibelakang ladang yang sedia ada. Disana bunga lagi besar dan cantik. Aku jugak dapat maklumat bahawa Bunga Matahari jugak ada di lokasi baharu iaitu Saraburi tetapi tidak dapat pergi kerana agak jauh dari lokasi semasa dan perjalanan saat akhir agak merbahaya. Bukan apa, takut tidak sempat berpatah balik nanti tertinggal keretapi. 


Benih ada dijual di Lopburi Sunflower Field ini. Murah saja.

Thursday, August 24, 2017

Pemuliharaan Pulau Songsong (Songsong Islands Conservation)

Bertolak dari Jeti Sungai Udang, Yan Kedah. Ini kumpulan pertama yang membawa bekalan makanan dan peralatan untuk memasak.

Pulau Songsong yang dadulunya tidak boleh diakses oleh orang awam tetapi menjadi lokasi strategik untuk bot berlindung ketika ribut.

Wednesday, August 16, 2017

CAMPING : Pulau Songsong

Sesi pagi Ahad (13 Ogos 2017), bangun sekitar jam 4:00 pagi setelah mendengar "alarm" berbunyi dari khemah sebelah kanan. Bila dah bangun terus terasa lapar. Terus memasak air dengan kole sambil itu juga, masak sardin separuh masak untuk makan dengan roti.

Kelihatan sardin sudah suku masak.

Monday, August 14, 2017