Monday, August 28, 2017

THAILAND : Khaosan Road Night Life


Khaosan Road, merupakan kawasan yang sibuk dengan pelancong dalam dan luar negara. Aku dan kawan bertandang ke Bangkok pada malam tahun baharu. Perghh, sesampai sahaja di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dapat naik train percuma. Percuma sebab syarikat train bagi percuma sempena malam tahun baharu. Khaosan Road cukup sesak dengan manusia masa hampir tengah malam. Jalan berhimpit macam kat konsert, kalau tersepit malam tu sure dah boleh mati.

Pada  malam sambutan tahun baharu, anggota keselamatan Thailand bersiap sedia dipintu masuk dan lokasi strategik di kawasan Khaosan ini. Maklumlah, majoriti yang ada disini adalah pelancong asing.

Suasana malam disini (bersebelahan Khaosan Road) ini pun happening dengan "Street Food" yang sedap dan murah. Seperti biasa aku akan ke kedai muslim ditepi 7 Eleven tu. Bihun Sup makan dengan cabai bubuh sampai terbeliak bijik mata kalau kena. Memang menjadi feveret aku la. For sure 2 mangkuk!!


Walaupun dah lewat tapi suasana masih meriah sana sini.

Nasib baik tidak semua benda disini halal, kalau tidak dah hentam semua masuk perut.

Bagi sesiapa yang datang ke Bangkok jangan lupa ke Khaosan Road pada waktu malam, Sebab sini cukup happenning.


Sumber yang boleh dirujuk:
https://en.wikipedia.org/wiki/Khaosan_Road

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini