Bertolak dari Jeti Sungai Udang, Yan Kedah. Ini kumpulan pertama yang membawa bekalan makanan dan peralatan untuk memasak. |
Pulau Songsong yang dadulunya tidak boleh diakses oleh orang awam tetapi menjadi lokasi strategik untuk bot berlindung ketika ribut. |
Dalam media sosial dan halaman arus perdana banyak mempamerkan keindahan Pulau Songsong tapi hakikatnya, pulau ini dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh pengunjungnya. |
Lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan tapak khemah kerana jauh dari hutan dan keadaan sekeliling yang membolehkan kita nampak pergerakkan 360 darjah. |
Pemandangan Pulau Bidan. Kelihatan dipesisir pantai dipenuhi sampah sarap seperti botol kosong. |
Pemandangan sebelah utara pulau. Kawasan yang ada pokok nyioq itu terdapat bangunan dan kolah mandi. |
Pemandangan ketika matahari terbit. Sejuk, nyaman dan tenang. |
Seronok jugak sekali-sekala melihat matahari terbit. |
Pantai Pulau Songsong ini kalau dijaga dengan baik mampu menjadi sebuah pulau yang cantik. |
Kelihatan bot pukat tunda berlabuh. |
Setelah selesai minum pagi, sempat memasang "hammock" dan mendengar lagu. |
Layan halwa telinga seketika sebelum mulakan aktiviti membersih sampah. Tidak mampu untuk membersih keseluruhan pulau. Sampah terlalu banyak. |
Kelihatan menara tinjau dikawasan berbatu. |
Pulau ini menyajikan pemandangan indah Gunung Jerai. |
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini