Prebet Adam
Berdasarkan buku penulisan Saudara Syahril A. Kadir yang bertajuk “True Story: Amok at Chow Kit”.
Nama sebenar beliau adalah Adam bin Jaafar yang tinggal di Pulau Pinang dalam sebuah keluarga yang besar iaitu 12 orang adik beradik (4 meninggal semasa lahir). Beliau dilahirkan pada 22 Julai 1964. Beliau seorang yang disifatkan sebagai “rebellious streak dan tendency to challenge authority”. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Hutching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Westland.
Beliau amat suka dengan filem peperangan dan pertempuran dan menghabiskan masa luang dengan menyintai kem tentera berdekatan sekolah untuk melihat bagaimana tentera berlatih. Beliau begitu teruja dengan tentera sehingga beliau secara senyap-senyap mendaftar sebagai Territorial Army Regiment dan diterima masuk.
Emosi beliau terganggu apabila rumah mereka hangus dijilat api pada tahun 1975 dan mengorbankan adik perempuannya yang ketika itu berumur 6 tahun. Peristiwa tersebut memberi kesan psikologi yang mendalam buat beliau dan keluarga.
Bebanan ini di tambah pula dengan tekanan buli dan penderaan semasa di dalam kem tentera di Ranger 6, Syed Putra Camp di Tambun Perak. Akibat tekanan dan sebagainya, beliau lari dari kem dan menuju ke Kuala Lumpur dengan membawa bersama M-16, 5 kelopak peluru (500 round), Grenade 3, Clemomain 5 dan Bom Asap 3.
Kejadian AMOK tersebut bermula pada Isnin, 19 Oktober 1987. Beliau melepaskan beberapa tembakan rambang ke udara bagi menakutkan orang ramai, walau bagaimanapun telah menyebabkan satu kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda. Beliau menyerah diri setelah dipujuk oleh Lt. Jeneral Abdul Ghani Abdullah pada ketika itu.
Hasil dari laporan Psikiatris, Prebet Adam mengalami “psychologycal fugue or a mental condition akin to amnesia”. Di dalam tentera, beliau terdedah kepada penyiksaan, buli, provokasi, penghinaan, kecewa dan penderaan fizikal. Hal ini telah menyebabkan beliau mengalami ‘depresi” atau kemurungan yang menyumbang kepada “development of his psyche”.
Petikan dari Psikiatris “I am sure of my professional judgement that the accused had suffered a psychological disorder and subsequently, a breakdown”. – Epilepsy can turn a person aggresive.
Perbicaraan Prebet Adam tidak diwakili peguam atau sokongan dari pihak tentera, menyebabkan Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah mewakili Prebet Adam dengan menggunakan duit poket sendiri. Kerana tidak mahu melihat beliau melalui proses perbicaraan yang tidak adil. Wang yang digunakan bagi proses guaman ini berjumlah hampir RM 100,000.
Kesimpulannya, kandungan nama-nama dalam buku ini atau dalam peristiwa ini bukanlah nama-nama yang jarang kita dengar. Mereka terdiri dari nama-nama yang pada masa kini pun masih berlegar dimedia-media. Konspirasi yang wujud dalam peristiwa atau pasca peristiwa ini juga dirungkai oleh Prebet Adam sendiri bagi memperbetulkan pepsepsi atau tanggapan orang awam selama ini. Cerita yang disampaikan ini sangat begitu teliti dan bukti dari keratan akhbar juga diselitkan bagi menguatkan hujah. Dan yang paling penting, Adam bin Jaafar masih hidup ketika buku ini dikarang oleh Saudara Syahril A. Kadir. Segala penceritaan adalah dari Adam sendiri dan disokong oleh individu yang masih hidup.
Buku ini sebuah buku yang menarik dan perlu dimiliki bagi individu yang mahu mengetahui cerita sebenar dan konspirasi yang wujud.
Penulis : Syahril A. Kadir
Terbitan: Dubook Press, Bangi
Tahun: Julai, 2017
No comments:
Post a Comment
sila coretkan disini