Wednesday, July 19, 2017

BOOK REVIEW: I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING!

Hasil penulisan Dr. Afiq Rahim
Review:
Buku hasil penulisan Dr. Afiq Ibrahim semasa berlakunya banjir besar di Kelantan pada tahun 2014. Beliau yang bertugas di Klinik Kesihatan Badang pada ketika itu menceritakan detik cemas yang perlu dilalui beliau, staf, dan penduduk sekitar. Beliau yang hanya mampu tidor sejam dua terpaksa melakukan yang terbaik sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan pesakit yang terdiri daripada orang tua, ibu mengandung, bayi, ibu dalam pantang dan lain-lain lagi.

Bagi saya, buku ini merupakan satu naskah yang perlu dimiliki sebagai satu buku sejarah yang mencatatkan pengalaman sebenar Dr. Afiq dan Staff beliau pada waktu darurat tersebut. Melalui pembacaan, pembaca akan dihidangkan dengan detik cemas dan genting pada waktu kejadian. Pembaca akan merasakan seolah-olah berada pada waktu kejadian.

Pada pendapat saya, buku ini amat bagus dijadikan rujukan masa depan kepada para doktor, staff perubatan dan kesihatan, anggota keselamatan, dan jugak pendidik untuk melihat bagaimana beliau bertindak, merancang dan mengurus keadaan cemas tersebut dengan jaya.

BOOK REVIEW: I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING! by Dr Afiq Rahim
#ManikUrai #KualaKrai #Kelantan #KlinikKesihatanBadang

Wednesday, July 12, 2017

BOOK REVIEW : MERENTAS AMERIKA

Penulisan Badrul Hisham.
Review:
Buku hasil penulisan Saudara Badrul Hisham ini merupakan naskah yang perlu dimiliki - "Must read"!. Kandungan yang disampaikan begitu bersahaja dan menarik. Pada pendapat saya, apa yang cuba disampaikan oleh beliau agak lucu. Pada bahagian kena kejar dengan polis memang cukup thrilled.

Saya seronok baca hasil penulisan Badrul yang santai. Saudara Badrul kelihatan agak selekeh dengan baju besar dan berseluar 3 suku itu menjadikan penampilan beliau dalam buku ini melucukan. Ya! Pada pengalaman saya jugak, bila kita mengembara ke sesuatu tempat tidak semestinya kita berpakaian kemas "ala-ala nak pi photoshoot". Saya suka pakaian yang sederhana supaya tidak terlalu obvious. Hal ini kerna, sesetengah tempat kalau kita pakai terlalu obvious bergaya dengan cermin mata hitam dan sebagainya akan selalu kena scam atau dikenakan cas yang tinggi berbanding orang yang pakai sederhana kerana mereka beranggapan kita ini golongan kaya yang melancong.

Biar pakai selekeh tapi jadi la terlalu selekeh sangat sampai dari jauh orang dah person. Biar biasa-biasa macam orang lain ditempat itu "blend with local style"-

Pengalaman yang dikongsikan oleh Badrul bagi saya amat berharga dan boleh digunakan sebagai tips untuk kembara di US. Sewa kereta dan pendu sendiri. Macam pernah dilakukan oleh Sahabat Travel saya iaitu Enon Lalala semasa beliau ke Korea Selatan dan Australia.

BOOK REVIEW: MERENTAS AMERIKA by BADRUL HISHAM

Sunday, July 09, 2017

BOOK REVIEW: EMAK RINDU MATHANGA ERISSERY

Hasil penulisan Khairul Hakimin Muhammad
Review:
Buku penulisan Khairul Hakimin Muhammad merupakan sebuah buku tentang perjalanan beliau dan rakan di India. Merupakan bacaan ringan dan sesuai untuk para pengembara yang ingin mendapatkan sedikit gambaran dan merancang perjalanan di India.

Penulis juga tidak lokek menyelitkan resepi masakan India yang beliau cuba. Penulis merupakan kacukan India disebelah emak dan makanan yang paling sedap yang cuba disampaikan didalam buku ini adalah "Mathanga Erissery".

Buku ini merupakan perjalanan beliau kembali ke "root" beliau di India. Menarik!

EMAK RINDU MATHANGA ERISSERY by Khairul Hakimin Muhammad.

Saturday, July 08, 2017

BOOK REVIEW: PENINSULA - A Story of Malaysia

Buku hasil penulisan Saudara Rehman Rashid
Review:
Buku Peninsula : A Story of Malaysia merupakan sebuah buku tentang suasana politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. Buku ini memuatkan kandungan bukan sahaja tentang isu politik semasa penulis berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbitan surat khabar, malah merangkumi perjalanan hidup beliau dan isteri.

Penulisan buku ini amat baik sekali dan bermanfaat sebagai santapan minda. Kandungan buku ini boleh dikatakan berat dan ilmiah.

PENINSULA : A STORY OF MALAYSIA by Rehman Rashid

p/s: Semasa menulis ini saya baru baca separuh buku.