Wednesday, July 19, 2017

BOOK REVIEW: I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING!

Hasil penulisan Dr. Afiq Rahim
Review:
Buku hasil penulisan Dr. Afiq Ibrahim semasa berlakunya banjir besar di Kelantan pada tahun 2014. Beliau yang bertugas di Klinik Kesihatan Badang pada ketika itu menceritakan detik cemas yang perlu dilalui beliau, staf, dan penduduk sekitar. Beliau yang hanya mampu tidor sejam dua terpaksa melakukan yang terbaik sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan pesakit yang terdiri daripada orang tua, ibu mengandung, bayi, ibu dalam pantang dan lain-lain lagi.

Bagi saya, buku ini merupakan satu naskah yang perlu dimiliki sebagai satu buku sejarah yang mencatatkan pengalaman sebenar Dr. Afiq dan Staff beliau pada waktu darurat tersebut. Melalui pembacaan, pembaca akan dihidangkan dengan detik cemas dan genting pada waktu kejadian. Pembaca akan merasakan seolah-olah berada pada waktu kejadian.

Pada pendapat saya, buku ini amat bagus dijadikan rujukan masa depan kepada para doktor, staff perubatan dan kesihatan, anggota keselamatan, dan jugak pendidik untuk melihat bagaimana beliau bertindak, merancang dan mengurus keadaan cemas tersebut dengan jaya.

BOOK REVIEW: I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING! by Dr Afiq Rahim
#ManikUrai #KualaKrai #Kelantan #KlinikKesihatanBadang

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini