Aku dilahirkan di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut. Dulu-dulu kawasan ni markas semut. Pada 11 September 1982 @ 911 la paling best. Dibesarkan di Kampong Badong, Merbok. Dekat dengan Singkir la. Membesar kat kampung ni best, sebab macam-macam boleh rasa, tamboq, penyegat, air sungai, pacat, lintah, terebey (lastik), caplong, jongkak, accident gerek, kene ligan dengan anjing, dan banyak lagi. Dulu ni rumah aku dengan rumah Tok Napiah je kat kawasan tu, rumah orang lain tak de lagi . Kawasan tu dah la paya, depan rumah hutan plak, memang cukup menakutkan tapi sekarang dah maju banyak rumah. Sekarang depan rumah ada Perkampungan KEDA.
Kecik-kecik dulu aku dapat gerek baru warna merah. Ayah beli sebab selalu berebut dengan Bang Chaq.....Bang Chaq best le, Tok Wan Man beli gerek hijau kat dia.....Aku dulu-dulu tak banyak kawan jadi sebahagian besar masa isi kat kawasan rumah je la. Kadang-kadang naik gerek pusing rumah, main keta kayu, dan paling best "Main Masak-Masak". Memang la kalau kita kecik-kecik minat masak sampai besar akan jadi pandai masak. Aku sekarang memang boleh kata pandai masak la, kalau aku kat rumah mak aku boleh rehat tekgok tv la. Sebab aku kat dapur dok khalot masak.......Sekarang Mak & Ayah dah tak kisah nak masak apapun, asal boleh makan, jadi aku masak macam-macam la.
Benda yang aku suka masak kat rumah, macam nasi lemak, mee goreng, bihun, keowtew, spagetti, laksa, pajeri, mee bandung, gulai, sambal, kek, masaak lemak, dan beberapa lagi la yang mak aku dah ajaq kat aku. Tak rugi mak aku ajaq sebab dia tau masa dia dah tak larat aku boleh masak, dalam kel;aurga kami ni bukan ada orang betina pun , Mak aku je sorang. Orang kata kalau dah pandai ni, macam -macam la berlaku. "Geng-geng Kelam Kelibot" ni kalau aku ada kat rumah suruh masak macam-macam la, kalau Mr. Brong (Pairus), dia cukup suka kalau aku masak laksa @ mee, walaupun pedas (dia tak makan pedas) dia tetap nak makan sebab dia kata sedap...Memang la sedap benda FREE...Tapi aku tak kisah bab makan dengan kawan-kawan ni sebab depa pun tak kisah bab makan dengan aku. Macam Ir. Kelam Kelibot (Zulnon), dia ni kalau aku keluaq dengan dia mesti order makan lebih sepinggan (sepinggan lebih tu untuk aku lee), kadang-kadang naik segan aku nak keluaq makan, tak makan satgi dia marah. Kalau aku balik kampung, apa lagi...petang-petang pi kedai Laksa GayahDin la. Makan laksa dengan teloq rebus, aku makan dua pinggan la dengan dua biji teloq. Macam hantu raya.
Lepas tu kalau rajin pi Kedai Kak Da (Noriza) kat Tg Dawai. kalau pi kedai dia selalu je "ceme" air le. kak Da ni boleh kata sebagai sorang yang pemurah la, kalau kami order makan dengan air dia ambik duit utk air je, makan free. Sampai naik segan, kalau nak pi jugak minum air je la.
Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan Singkir 1989-1995)
Persekolahan bermula Disember 1989, ala masa tu sekolah mula hujung tahun tak macam sekarang. Masuk sekolah memang seronok, aku pu sekolah bawa bekal nasi lemak. Pi sekolah naik bas tambang masa tu sekupang kot (RM0.10) dah lama tak berapa ingat. Lepas sekolah minum air kat kedai Pak Lan.....Lepas balik sekolah main la jawabnya...naik gerek keliling kampong la...Kalau ada masa terluang kami buat lawatan ke Singkir Laut, orang kuat dia Piyon la....Aku, Aki, Pak On, dan ada la beberapa orang lagi...kami pi cari kerang, siput sudu, ketam dan mandi laut laaa. Petang baru balik...
Sekolah Menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir 1995-1999) & Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok (2000-2001)
Aku masuk sekolah menengah pada 1995...Seronok gile bila masuk kelas menengah...benda yang baru katakan....SMKS ni terletak diatas kaki Gunung Jerai, memang cantik la pemandangan dari atas sekolah kalau duduk kat koridor. Tapi yang penatnya, pagi-pagi kena naik bukit (senaman awal)....tapi la ni sekolah ni dah tukaq nama kepada Sek Men Keb Seri Badong la palak. Ni semua idea mak aku dengan Saodah la..
Sekolah ni la yang banyak bagi aku kenangan pahit manis masam dan masin la. Segalanya bermula disini....Kalau tiap-tiap tahun tu yang bestnya Hari Ko-Kurikulum la (Hari Kantin)..Sekolah cuti la,, makan-makan ada persembahan...semua tu bikin khalot la...Cikgu-cikgu pun pakat khalot sana sini.
Hari Sukan plak kalau nak tau Cikgu Syarifah Mastura selalu bergandingan dengan Cikgu Zakaria atau Cikgu Shaari (Laki Cikgu Yam).....Depa ni suka jadi pengacara najlis la sebab suara sedap....Pembarisan yang paling seronok... kalau dulu masa sekolah aku bukannya suka sangat bersukan tapi sekarang ni bila masuk universiti minat plak nak bersukan ...ni mungkin perngaruh persekitaran atau tahap kedewasaan yang sudah tercapai.
Waktu yang paling seronok masa di sekolah menengah iaitu masa dok kat tingkatan 4 dan 5 la... sebab masa ni takkan berlaku dah pertukaran kelas...semua dah masuk pengkhususan masing-masing..aku ambik perdagangan la dengan Cikgu Zakaria....Masa tingkatan 4 ni macam-macam berlaku, seronok ada sedih pun ada. Kelas kami ni terasing sikit, kelas kami menunpang di bangunan asrama lelaki sebab tak cukup kelas katakan. Bila kelas kat sana..bising tu tahap maksimum la sebab cikgu bukan dengar pun...Kalau Cikgu saodah mai selalu kena marah la sebab hinggaq satu kelas macam burung kelicap.
Aku grad dari SMKS pada hujung tahun 1999 setelah berjaya dalam SPM dan masuk SMKM pada bulan Julai 2000 dan berjaya mendapat 5 prinsipal pada tahun 2001 dan terus ke UUM pada tahun 2002....
askum....
ReplyDeletesetelah baca sume sy jadi tertarik tuk bertanya saudara nii sapa sebenar?
sy nurehan.salah sowang anak jati singkir.cuma lahir jew kat hosp.sp.berpantang,membesar sume kat singkir.sek rendah sek singkir,menengah sek tas bukit tu gak.form4 n form 5 jew kat teknik sp.tu jew serba sedikit sal sy.
hd sy nak tau gak awaj ni siapa?
awak tua saya dalam 7 yahun
aku ni org Kg Badong, depan rumah keda...
ReplyDelete