Sunday, August 21, 2005

Budak-Budak Cege-Cege UUM


Hari ni nak cerita plak tentang budak-budak cege kat UUM......Ada yang paling Cege semestinya Usop Cege, dia ni memang cege...tak habis-habis cege....kat Kolej Perwaja dia la orang yang paling cege...memang cegelah dia ni......Yang rambut ala komando terlepas dari hutan ni Col. Rini GGK (Safwan), dia ni minat tentera dah masuk PALAPES tapi lari masa medical check up pasal takut tak boleh balik rumah sebab cuti kena pi latihan....Dia kata lepas tamat belajaq dia nak masuk tentera balik la.......Sorang lagi tu roomate aku le Hapit Rempit, orang panggil dia rempit bukan apa sebab moto dia kalau naik bunyi satu kampus......pekak telinga kami...

Ha yang ni special sikit, import dari seberang....Niat asal nak bekerja kontrak kat malaysia tapi masa dia dok buat longkang belakang Kolej Perwaja dia isi borang UPU, tup tup dapat masuk UUM......Memang hebat la mat indon ni, kami panggil dia Iman Gondrong (Firman)...aku yang gelaq nama tu...Ni pula Shah (Putera), kat sini orang panggil Shah je kalau kat kampung Putera la.....

Kami ada sorang adik angkat namanya Jat budak Johor atau orang panggil dia Botak..sebab dia suka buat rambut botak macam penyanyi Maroon 5...menyanyi tak reti pun tapi kalau belakon teater macam pelakon filem lucah lee.....

Angan-Angan Setinggi Gunung

Ni nak cerita plak tentang angan-angan kami ni..Aku ni berangan nak jadi CEO kat mana-mana company besar..lepas tu bina empayar perniagaan sendiri macam Syed Mokthar la...Col. Rini plak nak jadi Jeneral Tentera la apa lagi....masa aku dok taip dia dok khalot surfing web senjata-senjata askar ni....Memang gilee senapang la dia ni..kadan-kadang tu kalau jumpa kayu pun dia buat senapang...eehh tak tau la...Hapit Rempit plak beragan apa tau..aku pun tak pasti sangat kerana dia ni kurang berangan....kalau aku dengan Col. Rini ni memang la kuat berangan..Yang lain tu tak tau la depa berangan apa...lantak lah...

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini