Sunday, August 21, 2005

Budak-Budak Cege-Cege UUM


Hari ni nak cerita plak tentang budak-budak cege kat UUM......Ada yang paling Cege semestinya Usop Cege, dia ni memang cege...tak habis-habis cege....kat Kolej Perwaja dia la orang yang paling cege...memang cegelah dia ni......Yang rambut ala komando terlepas dari hutan ni Col. Rini GGK (Safwan), dia ni minat tentera dah masuk PALAPES tapi lari masa medical check up pasal takut tak boleh balik rumah sebab cuti kena pi latihan....Dia kata lepas tamat belajaq dia nak masuk tentera balik la.......Sorang lagi tu roomate aku le Hapit Rempit, orang panggil dia rempit bukan apa sebab moto dia kalau naik bunyi satu kampus......pekak telinga kami...

Ha yang ni special sikit, import dari seberang....Niat asal nak bekerja kontrak kat malaysia tapi masa dia dok buat longkang belakang Kolej Perwaja dia isi borang UPU, tup tup dapat masuk UUM......Memang hebat la mat indon ni, kami panggil dia Iman Gondrong (Firman)...aku yang gelaq nama tu...Ni pula Shah (Putera), kat sini orang panggil Shah je kalau kat kampung Putera la.....

Kami ada sorang adik angkat namanya Jat budak Johor atau orang panggil dia Botak..sebab dia suka buat rambut botak macam penyanyi Maroon 5...menyanyi tak reti pun tapi kalau belakon teater macam pelakon filem lucah lee.....

Angan-Angan Setinggi Gunung

Ni nak cerita plak tentang angan-angan kami ni..Aku ni berangan nak jadi CEO kat mana-mana company besar..lepas tu bina empayar perniagaan sendiri macam Syed Mokthar la...Col. Rini plak nak jadi Jeneral Tentera la apa lagi....masa aku dok taip dia dok khalot surfing web senjata-senjata askar ni....Memang gilee senapang la dia ni..kadan-kadang tu kalau jumpa kayu pun dia buat senapang...eehh tak tau la...Hapit Rempit plak beragan apa tau..aku pun tak pasti sangat kerana dia ni kurang berangan....kalau aku dengan Col. Rini ni memang la kuat berangan..Yang lain tu tak tau la depa berangan apa...lantak lah...

3Serangkai Group





Hari ni nak cerita plak bab geng-geng 3Serangkai Group....Geng Kelam Kelibot la...Yang nampak gigi ni, Ir. kelam kelibot (Zulnon), orangpaling khalot kat Singkiaq dan Penang...baru-baru ni beli keta Kancil 660, semalam depa pi tengok bola kedah lawan mppj (2-2)...kalau dah ada keta ni senang la nak pi mana-mana sebab panas pun tak kena, hujan tak kena macam-macam la. Malam Merdeka ni nak pi Penang, sambut merdeka kat Padang Kota.. Boleh la lantak pasemboq berpinggan-pinggan sampai beramboq..Kedua Mr. Brong, orang kuat NAZA, Gurun..kalau tak dak dia satu hari kilang NAZA mau pening laaa....Brong ni dah janji nak behenti merokok tapi dok hisap berkoyan-koyan lagi...Apa nak jadi tak tau la. Angan-angan nak besarkan badan tapi rokok tak behenti macam mana nak besaq....Yang berkepiah putih ni Dr. Falsafah la (sekarang BOMBA), ni cita-cita tinggi...khalot dengan falsafah dia, aku pun dah naik pening..Tunggu je lah apa nak jadi....Sorang lagi X Che Din (BOMBA Penang), depa dua orang ni banyak air sebab jadi bomba...Dan yang ni Inspector Shahab (Ba'e), ni polis nak kena luku....semua bikin mantoah satu kampung...Tengah-tengah malam singgah Kedai Apai makan nasi lemak la dengan kopi...

Saturday, August 20, 2005

Zaman Kanak-Kanak Meningkat Dewasa

Aku dilahirkan di Kampung Perpat, Kota Sarang Semut. Dulu-dulu kawasan ni markas semut. Pada 11 September 1982 @ 911 la paling best. Dibesarkan di Kampong Badong, Merbok. Dekat dengan Singkir la. Membesar kat kampung ni best, sebab macam-macam boleh rasa, tamboq, penyegat, air sungai, pacat, lintah, terebey (lastik), caplong, jongkak, accident gerek, kene ligan dengan anjing, dan banyak lagi. Dulu ni rumah aku dengan rumah Tok Napiah je kat kawasan tu, rumah orang lain tak de lagi . Kawasan tu dah la paya, depan rumah hutan plak, memang cukup menakutkan tapi sekarang dah maju banyak rumah. Sekarang depan rumah ada Perkampungan KEDA.

Kecik-kecik dulu aku dapat gerek baru warna merah. Ayah beli sebab selalu berebut dengan Bang Chaq.....Bang Chaq best le, Tok Wan Man beli gerek hijau kat dia.....Aku dulu-dulu tak banyak kawan jadi sebahagian besar masa isi kat kawasan rumah je la. Kadang-kadang naik gerek pusing rumah, main keta kayu, dan paling best "Main Masak-Masak". Memang la kalau kita kecik-kecik minat masak sampai besar akan jadi pandai masak. Aku sekarang memang boleh kata pandai masak la, kalau aku kat rumah mak aku boleh rehat tekgok tv la. Sebab aku kat dapur dok khalot masak.......Sekarang Mak & Ayah dah tak kisah nak masak apapun, asal boleh makan, jadi aku masak macam-macam la.

Benda yang aku suka masak kat rumah, macam nasi lemak, mee goreng, bihun, keowtew, spagetti, laksa, pajeri, mee bandung, gulai, sambal, kek, masaak lemak, dan beberapa lagi la yang mak aku dah ajaq kat aku. Tak rugi mak aku ajaq sebab dia tau masa dia dah tak larat aku boleh masak, dalam kel;aurga kami ni bukan ada orang betina pun , Mak aku je sorang. Orang kata kalau dah pandai ni, macam -macam la berlaku. "Geng-geng Kelam Kelibot" ni kalau aku ada kat rumah suruh masak macam-macam la, kalau Mr. Brong (Pairus), dia cukup suka kalau aku masak laksa @ mee, walaupun pedas (dia tak makan pedas) dia tetap nak makan sebab dia kata sedap...Memang la sedap benda FREE...Tapi aku tak kisah bab makan dengan kawan-kawan ni sebab depa pun tak kisah bab makan dengan aku. Macam Ir. Kelam Kelibot (Zulnon), dia ni kalau aku keluaq dengan dia mesti order makan lebih sepinggan (sepinggan lebih tu untuk aku lee), kadang-kadang naik segan aku nak keluaq makan, tak makan satgi dia marah. Kalau aku balik kampung, apa lagi...petang-petang pi kedai Laksa GayahDin la. Makan laksa dengan teloq rebus, aku makan dua pinggan la dengan dua biji teloq. Macam hantu raya.

Lepas tu kalau rajin pi Kedai Kak Da (Noriza) kat Tg Dawai. kalau pi kedai dia selalu je "ceme" air le. kak Da ni boleh kata sebagai sorang yang pemurah la, kalau kami order makan dengan air dia ambik duit utk air je, makan free. Sampai naik segan, kalau nak pi jugak minum air je la.

Sekolah Rendah (Sekolah Kebangsaan Singkir 1989-1995)

Persekolahan bermula Disember 1989, ala masa tu sekolah mula hujung tahun tak macam sekarang. Masuk sekolah memang seronok, aku pu sekolah bawa bekal nasi lemak. Pi sekolah naik bas tambang masa tu sekupang kot (RM0.10) dah lama tak berapa ingat. Lepas sekolah minum air kat kedai Pak Lan.....Lepas balik sekolah main la jawabnya...naik gerek keliling kampong la...Kalau ada masa terluang kami buat lawatan ke Singkir Laut, orang kuat dia Piyon la....Aku, Aki, Pak On, dan ada la beberapa orang lagi...kami pi cari kerang, siput sudu, ketam dan mandi laut laaa. Petang baru balik...

Sekolah Menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Singkir 1995-1999) & Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok (2000-2001)

Aku masuk sekolah menengah pada 1995...Seronok gile bila masuk kelas menengah...benda yang baru katakan....SMKS ni terletak diatas kaki Gunung Jerai, memang cantik la pemandangan dari atas sekolah kalau duduk kat koridor. Tapi yang penatnya, pagi-pagi kena naik bukit (senaman awal)....tapi la ni sekolah ni dah tukaq nama kepada Sek Men Keb Seri Badong la palak. Ni semua idea mak aku dengan Saodah la..

Sekolah ni la yang banyak bagi aku kenangan pahit manis masam dan masin la. Segalanya bermula disini....Kalau tiap-tiap tahun tu yang bestnya Hari Ko-Kurikulum la (Hari Kantin)..Sekolah cuti la,, makan-makan ada persembahan...semua tu bikin khalot la...Cikgu-cikgu pun pakat khalot sana sini.

Hari Sukan plak kalau nak tau Cikgu Syarifah Mastura selalu bergandingan dengan Cikgu Zakaria atau Cikgu Shaari (Laki Cikgu Yam).....Depa ni suka jadi pengacara najlis la sebab suara sedap....Pembarisan yang paling seronok... kalau dulu masa sekolah aku bukannya suka sangat bersukan tapi sekarang ni bila masuk universiti minat plak nak bersukan ...ni mungkin perngaruh persekitaran atau tahap kedewasaan yang sudah tercapai.

Waktu yang paling seronok masa di sekolah menengah iaitu masa dok kat tingkatan 4 dan 5 la... sebab masa ni takkan berlaku dah pertukaran kelas...semua dah masuk pengkhususan masing-masing..aku ambik perdagangan la dengan Cikgu Zakaria....Masa tingkatan 4 ni macam-macam berlaku, seronok ada sedih pun ada. Kelas kami ni terasing sikit, kelas kami menunpang di bangunan asrama lelaki sebab tak cukup kelas katakan. Bila kelas kat sana..bising tu tahap maksimum la sebab cikgu bukan dengar pun...Kalau Cikgu saodah mai selalu kena marah la sebab hinggaq satu kelas macam burung kelicap.

Aku grad dari SMKS pada hujung tahun 1999 setelah berjaya dalam SPM dan masuk SMKM pada bulan Julai 2000 dan berjaya mendapat 5 prinsipal pada tahun 2001 dan terus ke UUM pada tahun 2002....

Geng-Geng Janda Berhias






Ni Semua bekas bini-bini aku leee, Janda-Janda Berhias. Sarah ni makan kuat macam aku jugak. Shira makan sikit, jadi kalau yang Shira makan tak habis kami dua orang la yang melantak sampai borooi.

Gambar Sarah dalam ni masa dia lepas Orentasi kat UUM, nampak sangat muka penat. Shiran tak penat sangat, orang badan kecik. Sekarang ni mike-mike dua orang ni dah habis praktikum, tinggal aku sorang je terhege-hege kat sini. Terhege-hege pun best jugak, Prof. Zam katakan sapa tak kenal kat UUM ni.
Sorang lagi tu, Liza Aguilera. Dia ni penyanyi kugiran "Kugiran Bintang Satu" yang terkenal kat Bandaraya Alor Setar. Yang pakai sepek mata kuda ni, Sailormoon. Dia ni gatai macam keladi tua, kui. Haaa, yang tudung koko tu aku panggil dia "Lina Cat Women" sebab hari tu dia pakai kasut macam Cat Women, bergerun gileeee.

Alumni Alliance



Ni kalau tengaok dalam gambar ni, aku le paling bergaya macam Chairman sebuah konglomerat besar gitu. Tekgoklah rambut belah tepi, macam Jalaluddin Hassan....Sekarang ni aku simpan misai memang sakan la misai aku la ni. Kalau RSM tekgok, dia pun larieee o.

Friday, August 19, 2005

Pra-Unis Agenda

Ni cerita masa tingkatan 6 di SMKM (Menengah Merbok) dalam tahun 2001. Kami satu kelas ada lebih kurang 20 orang dengan jumlah laki-laki cuma 6 orang. Kelas kami ni memang gilee sikit, kalau dalam kelas tu tak habis - habis dok mengata kat Na Put Put (Marlina Datuk Zain) le. Dia ni suka melepaskan angin taufan dalam kelas, ala macam tu la tiap-tiap hari. Na Put Put ni suka naik moto laju-laju macam kena ligan dengan orang gila, sama la dengan Mak Da (Mak Nyang) dan Nani (bini abang askar, dah kawin dah). Depa tiga orang ni memang suka naik moto laju macam posmen pos laju. Depa dok kat kampong Bujang (Pekan Sebelah), petang-petang tu yang depa tau merempit sana-sini, Minah Rempit katakan.

Ni cerita Mina Ibu (tokey nasi lemak), tiap-tiap hari aku makan nasi lemak dia sampai naik loya perut tapi makan jugak. Dia Jugak terkenal dengan Gelaran "Minah Kutu" bukan dia ada kutu banyak tapi sebab dia ni kepala main kutu-kutu. Waktu lapang kami lepak belakang kelas, ada meja gituu, ala meja alasan sebanar nak buat tempat study tapi yang sebenarnya nak biat tempat bergebang sambil menicah garam belacan la. Menicah plak dengan Cikgu Yam (Siti Mariyam), orang yang kuat mekap dan gebang. kadang-kadang tu Cikgu Mat Tahiaq (Md Tahir Palava) gelaran Sopi Husin Telaga yang gelaq, Cikgu Tahiaq bukan tau. Cikgu Tahiqa juga suka menicah, ni lagi sakan sambil makan bergelak ketawa. Awat tak gelak, benda sedap.

Aduh penat bercerita dengan geng-geng ni tau. Ni satu lagi, Teacher Suhana (MUET), mula-mula mai kelas muka nampak garang semua pakat takut kat dia tapi bila dah kenal, macam-macam merga Cikgu ni tau. Cikgu Suhana pun suka merapu, dia khabaq dia suka lagu "cherish". Aku pun suka lagu tu, dia tak tau.

Pengetua pula Hajah Haminah, semua orang takuit kat dia kecuali geng-geng ampu dan bodek je tak takut. Kami ni takut bukan apa, dia ni kuat beletiaq. Cikgu Yam pindah sekolah sebab tk tahan dengan pengetua lee. La ni pengetua baru, sebab dia dah pencen. Cikgu Shahabadin, orang nya kecik tapi otak berjalan dengan lancar, tau-tau je masuk kelas perli Sopi dengan Din (depa dua orang berperang), Cikgu Din kata " amboi, hari panas no...........ramai yang dok amuk" tu la dialognya lebih kurang la, dah lama dah aku tak ingat sangat.

Yang sorang lagi, Cikgu Arif....Orang dia berbadan besar dan tinggi dan suka simpan duit RM50 dalam poket banyak-banyak. Cikgu ni memang loaded, kereta Mercedes, Volvo macam-macam la. Tapi bila mengajar bagus, aku boleh paham dengan mudah.....Patut dapat guru Super la.

Cikgu Lee Kong Beng (Cikgu Robot), gelaran ni pun Sopi yang gelaq. Sopi ni memang suka mengata kat orang sekali dengan aku dia mengata. Tu selalu kena sekeh dengan aku. Mengata lebih dari orang betina.......Cikgu Lee mengajaq Geografi Manusia.....Sorang lagi Cikgu Mad (Ahmad), ni ajaq Sejarah petang-petang ajaq sukan kat padang. Dia dah kawin dengan anak murid dia leeee, jangan Jeleeees. Lepas tu Cikgu Razif ajaq Sejarah Dunia & Islam, tak habis-habis dengan peta minda dia....Tiap-tiap hari peta minda peta minda... Sampai kepala aku banyak awan macam peta jugak la. Sekarang Cikgu ni dah balik Perak, kerja kat PPD kot.

Aku ni kalau nak tau Ketua Tingkatan & Pengerusi Pra-Unis, ingat tahun depan dalam bulan Februari nak buat Reunion Pra-Unis 2006 buat kali pertama, paperwork dah siap cuma nak bentang kat puak-puak tu jeeee. Aku akan buat jugak.

Ni nak cerita bab Handset. Dalam kelas kami tu ada seorang budak yang pakai handset leee, sapa lagi kalau bukan Kak Sue (Suriani), ooooi masa tu kalau pakai handset ni kira hebat laa, dia pakai Sagem tu yang nak tegelak satu kelas dan jadi bahan mengata aku, Man Bush (Rahman Talib, sekarang jadi Polis), Zul Kadet (MPP, KUTPM) dan terutama sekali Sopi lee. Kesian kat dia, tak bawak dah lepas tu.

Sekarang Kak Sue dah keja kat KFC dengan Mak Da kita leee. Tiap-tiap hari makan ayam lama-lama jadi ayam. Aku nak buat surprise le, nak p tengok depa keja lepas tu nak makan kat KFC Sg Petani.

Geng-geng kami ni kalau hari perayaan je, mesti berpesta sakan la. Macam-macam rancangan depa nak buat...mula-mula pi rumah Na Put Put la, dia selalu buat bihun atau laksa. Aku ni kuat makan, mentekedarah habis la apa yang ada. Rumah Na Put Put ni nak seronok akalu ada adik dia yang kecik tu dengan mak dia, ni la masa dia nak pekenan Na Put Put dengan Man Bush (pelaga depa dua orang la). Lepas tu rumah Mak Da, dia kalot la kalau dengaq kami nak pi takut kena gosip.

Hari tu, petang aku ni telefon Na Put Put sebab Sopi kata Na Put Put dah ada kayu balak, jadi aku telefon kata nak jumpa. Dia pecaya sakan macam lagu Siti "pecayalah", dia masa tu baru bangkit tidoq masih mamun lagi. Bila dia kata nak jumpa, tergelak sakan la aku masa tu, dah pecah tembelang. Depa suka jumpa kat Pekan Rabu sambil duduk kat orang tunggu bas, nak tutup line (cover line), nanti orang kata depa laki bini nak balik kampong tu dok tunggu bas (kira macam tu la), pandai sungguh Na Put Put ni.

Aku dah penat nak mengata ni, tunggu la sambungan cerita ni lain episod....jangan lupa yee

In Loving Memory of Asfida-Adila

Asfida-Adila Amiruldin pelajar UUM yang ceria dan rajin. Pada 19 Ogos 2005 bersamaa hari Jumaat penghulu segala hari beliau telah meninggalkan kita buat selamanya. bagi yang mengenali Arwahyarham, sedekahkan Al-Fatihah kepadanya supaya rohnya dicucuri rahmat.