Wednesday, November 19, 2014

Vietnam - Morgan Hotel

Check-In time dilayani dua awek Vietnam

Manager dia kepala botak, ramah tamah. Itulah keistimewaan hotel di Hanoi.

Sunday, November 16, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Buku Rekod / Rawatan Jemaah Haji - 1988

Ini merupakan Buku Rekod / Rawatan Jemaah Haji. Buku ni digunakan pada tahun 1988.
Butiran peribadi dalam buku tersebut.

Sunday, October 19, 2014

Sunday, September 14, 2014

Vietnam: Halong Bay - Open Sea




Permandangan indah laut terbuka di Halong Bay

Kedaan pulau yang bebukit memberi satu suasana yang menarik

Sunday, June 15, 2014

Vietnam: Halong Bay - Island Cave

Perjalanan selama hampir 40 minit kalo tak silap sambil makan sambil berlayar. Kami tiba ditengah-tengah kepulauan Halong Bay. Disini kami akan menaiki sampan kecil (bulat) untuk melihat dengan lebih dekat Gua Pulau iaitu Gua ditengah pulau yang terhasil dari hakisan batu kapur.

Tengah repair sampan.

Thursday, June 12, 2014

Vietnam: Halong Bay Cruise

Its was Gorgeous

Kelihatan ada pelantar dan rumah terapung yang berada sekitar perhentian pertama di Halong Bay. Pehentian menyediakan kemudahan perahu dan canoe untuk kegunaan pelancong. Tujuan adalah utk melawat gua yang terjadi ditengah2 dua buah pulau. Menarik dan Exotic!

Friday, June 06, 2014

Vietnam : Jetty to Halong Bay

Kami sampai ke Jeti ni lebih kurang jam 12:30 tgh hari waktu Vietnam. Terus ikut pemandu pelancong ke dalam jeti untuk membeli tiket.


Berkaca mata adalah Pemandu Pelancong dan seorang lagi adalah pembantu. Dia memberikan sedikit taklimat ringkas dan menyuruh kami tunggu 5 minit. tunggu punya tunggu 30 minit jugak la baru nak boleh naik bot.

Tuesday, June 03, 2014

Vietnam : Trip ke Halong Bay

Pemandu Pelancong ni memang ramah. Lupa plak nama dia. Setelah kami booking trip ke Halong Bay, keesokan harinya bas ni akan datang depan hotel untuk bawa kami ke Halong Bay. Tepat 8:30 dia sampai, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam bergantung kepada keaadaan trafik dan hari. Kami pergi pada hari kerja biasa (weekday) jadi keadaan jalan tak begitu sibuk. Namun, cuaca amat panas. Kami sampai di Jetty Halong Bay lebih kurang tengah hari dah.

Dalam perjalanan ke Halong Bay, dipertengahan jalan bas akan berhenti rehat sekejap disebuah kilang buat ukiran batu. Disini juga dijual ayaman sutera (seni halus). Seperti bingkai yang tergantung didinding tu merupakan sutera yang dianyam halus sehingga menjadi permandangan indah. Siapa sangka ia adalah tenunan/ayaman sutera seni halus.

Sunday, June 01, 2014

Vietnam: Noi Bai Airport

Sesampai di Noi Bai Airport awal sebab pakai Air Asia. Sebelum ni selalu guna Mas Airline, cuma Mas flight dia sampai 1:00 petang waktu Vietnam. Kalo tak silap, tambang sebuah teksi ke Bandar Hanoi dalam 50 ringgit.