Sunday, May 14, 2017

BANGKOK 2017: KHLONG TOEI WET MARKET

Bila aku travel ke mana-mana negara pun, tempat yang paling aku suka pergi adalah "pasar basah" atau "wet market". Pasar basah selalunya akan memberikan kita gambaran sebenar apa yang majoriti penduduk sesebuah negara tu makan dan saji setiap hari. Trip kali ni kami singgah di Pasar Basah Khlong Toei, disini pasar dia agak lain skit dari tempat lain. Kawasan agak luas dan pelbagai benda dijual.

Kerang dijual masih berbalut dengan lumpur bagi mengekalkan kesegaran.
Pasar Basah Khlong Toei ini dibuka setiap hair dari 6:00 - 2:00 petang.

Monday, May 01, 2017

G-SHOCK : AVIATION GW3000B

G-SHOCK Aviation GW3000B (Kiri). Sebelum ini tidak pernah pun terfikir hendak pakai jam tangan jenama ini sebab nampak macam kebudakan sikit. Tapi selepas diselidik secara mendalam, jam tangan keluaran Casio ini antara jam yang berkualiti tinggi dan mempunyai level serta peminat tersendiri.

Jadi pada Disember 2016, semasa lalu di disebuah kedah di Sunway Carvnival Mall, Seberang Jaya ternampak kedai jam City Chain ada buat tawaran untuk jam sebelah kanan tu Model : GA400GB dengan harga promosi RM608. Selepas beli dan pakai rasa selesa berbanding jam-jam yang pernah pakai sebelum ini. Hati terus terpikat dengan G-Shock.

April 2017, kawan karip ke Tokyo, Jepun. Ada memesan supaya tengokkkan kalau ada model yang bleh beli disana dan ternampaklah Model GW3000B ini didalam display kaca. Selepas tengok harga, aku pun terus buat carian di internet dan jumpa link ini http://www.gshock.com/watches/Aviation/GW3000B-1A. Pergh!! Teruja dengan fungsi Solar, bentuk dan warna oren tu. Terus suruh dia belikan tanpa lengah lagi.

Hari ini aku ke Ipoh untuk mengambil jam ini sebab tak berani nak pos ke Kedah takut hilang ditengah jalan. Tahu je la kan, kurier ni luanda jugak yang jenis tak boleh percaya. Puas pakai dan selesa sekali. Yang penting bateri tak perlu tukar untuk seumur hidup.

Sunday, April 30, 2017

IPOH : NASI GANJA

NASI GANJA! Memang tidak asing lagi dengan Bandaraya Ipoh, Perak. Hari ini menrupakan kali kedua ke sini selepas 6 tahun tak datang. Keadaan masih sama dengan orang ramai beratur panjang sampai dua-tiga blok kedai hanya untuk makan nasi ini.

Keadaan orang ramai beratur untuk beli bungkus pun punya ramai. 

Saturday, April 22, 2017

BANGKOK 2017: DAMOEN SADUAK FLOATING MARKET (NAIK BAS)


Pemilik Honey Guesthouse tulis memo macam ni nutum kami guna masa nak ke Damoen Saduak Floating Market.  Perlu naik Bas #516 untuk ke Bangkok Southern Bas Station.

Jari mengelupas sebab baru keluar hospital (antibiotik punya kerja). Tiket untuk ke BSBS.

Petikan dari Itinerary :
07:00 : Wait for Bus #516
    Take bus near Borvornneret Temple to Bangkok’s Southern Bus Terminal (BSBT).
 At BSBT, take Bus #78 (the earliers is 6:00am and every 30 minutes). The bus will drop approximately 1 km from the market. Need to catch taxi (B100) to the market. 

Wednesday, April 19, 2017

BANGKOK 2017 : SUVARNABHUMI AIRPORT


Lapangan Terbang Suvarnabhumi ini agak selesa dan sedikit pening. hahaha

Suasana naaman dan bersih

Sunday, February 05, 2017

BANGKOK 2017: YANA RESTAURANT, MBK


Yana Halal Restaurant, Bangkok
              -Best to try: T-Bone Thai Style Steak
              -5th Floor, MBK Mall, Tokyu Side 444 Phayathai Road, 

                Wangmai Pathumwan, Bangkok 10330

BANGKOK 2017: GRASSHOPPERS ADVENTURES

https://www.grasshopperadventures.com
Bagi sesiapa yang oak enjoy bicycle ride di Bangkok boleh dapatkan perkhidmatan melalui Grasshopper Adventures ni. Tidak jauh dari Khaosan Road dan berhadapan dengan jalan utama Bangkok.