Tuesday, September 26, 2017

BOOK REVIEW: LANGTANG NEPAL : Menjelajah Hingga Ke Himalaya

Buku Travelog hasil penulisan Saudara Mhilmi Osman.
Buku travelog ini mengisahkan 6 orang sahabat yang meminati seni fotografi. Mereka menrancang satu pengembaraan pendakian ke Lembah Langtang (Langtang Valley) untuk mendapatkan pengalaman dan pemandangan yang indah bumi Nepal. Ya! berdasarkan foto yang dilampirkan didalam buku ini cukup untuk mengiurkan naluri dan nafsu bagi peminat seni fotografi. Cuma bahagian pendakian itu yang aka tidak berapa minat tapi kalau berjalan kaki itu memang sudah biasa dah.

Berbalik kepada ulasan buku ini, gaya penulisan pada peringkat awal agak kurang padat dan tidak begitu kemas. Sepatutnya, pihak penerbit perlu meneliti penulisan supaya lebih padat dan berkualiti. Penulisan Mhilmi seperti berulang-ulang untuk menyatakan perkara yang sama dalam satu perenggan yang sama atau dalam bab yang sama. Bila dibaca kita akan merasa seperti sesat dalam terang. Bagi saya, Mhilmi cuba untuk menyampaikan apa yang beliau ingin pembaca faham tetapi ayat tersebut berulang-ulang walaupun ayat sedikit berbeza tetapi maksud yang cuba disampaikan adalah sama. Walau bagaimanapun, pengisian dan maklumat yang ingin dinyatakan masih "intact" dan cukup untuk menyajikan pembaca perjalanan pegembaraan mereka.

Foto-foto yang dilampirkan begitu menarik dan cantik. Secara langsung membawa pembaca ke Nepal. Justeru, berdasarkan apa yang saya perolehi dari hasil pembacaan buku travelog ini, sesiapa yang belum pernah menjejaki ke bumi Nepal boleh menggunakan maklumat yang disampaikan sebagai panduan perjalanan untuk ke Langtang Valley, Sarangkut Hill dan Pokhara.

Kesimpulanya, buku ini secara keseluruhan adalah baik dan dapatkan senaskhah dipasaran.

Harga MPH RM 28.00

Friday, September 01, 2017

THAILAND : Khaosan Road

Khaosan Road, Bangkok. Its a heart of Bangkok for traveller, tourist, bagpackers and local people to enjoy night life.

Ini merupakan suasana dijalan utama berdekatan sebelum masuk ke Khaosan Road. Agak sedikit lenggang sebab dah lewat malam.

THAILAND : Khaosan Road New Year Celebration 2017

New Year Eve 2017. Suasana di Khaosan Road memang cukup happening dan crowded!! Too many people from all over the world celebrate 2017 New Year! Nak berjalan pun berhimpit-himpit macam konsert Justin B. Dalam pada masa yang sama, berjaga-jaga kalau ada pick-pocket. Beruntung bawa waist bag boleh secure barang dalam tu. 

Tu belum kira minah dan mamat manuk lagi yang netah dari mana mai dok peluk sayang kita. Aku pun layan pi la kan. Kadang-kadang takut jugak yang jenis pick pocket. Tapi yang tu aku memang dah aware dan hate-hati dari awal.