Wednesday, November 20, 2019

COOKING PASSION


Apabila kita minat masak. Perkara yang paling penting dan paling cerewet bukanlah pemilihan bahan² untuk memasak tetapi pemilihan pisau. Paling penting pisau yang paling tajam dan ergonomik, tahan lasak, tidak mudah karat dan payah tumpul.

Monday, November 18, 2019

BOOK REVIEW: PENCHINAAN MALAYSIA


Saya mula membaca pendahuluan buku ini yang saya beli melalui https://www.kafilahbuku.com pada 21hb Oktober 2019 dan menerimanya pada keesokkan harinya. Sangat pantas proses penghantarannya. 

Buku ini diterbitkan oleh IRIS Institute (https://iris.institute/kenali-iris/) dengan garapan kandungannya yang padat (disertakan rujukan nota kaki) dan fakta yang menarik perhatian yang mungkin selama ini kita tidak sedar sudah lama berlaku di Tanah Air Malaysia ini.

Gerakan atau gelombang pergerakan pechinaan tersebut sudah lama berlaku sejak zaman penjajahan lagi dan ini amat menakutkan jika kita mendalami secara ilmiah isi kandungan buku ini. Fakta sokongan yang diketengahkan (disokong dengan nota kaki) amat berguna unto pembaca membuat rujukan yang lebih mendalam dan mengesahkan sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji atau penulis adalah benar belaka.

Saya amat menyesorkan Anak-anak muda untuk membaca buku ini yang sedikit sebanyak membuka minda dan ruang lingkup pemikiran untuk lebih bersedia pada masa depan. Kita masih seronok dengan apa yang kita ada sekarang tetapi kita tidak tahu, bahawa apa yang kita miliki pada saat ini akan sedikit demi sedikit hilang ditelan arus zaman dan penjajahan alaf baharu.

Recommendation: 5 Bintang