Monday, May 01, 2017

G-SHOCK : AVIATION GW3000B

G-SHOCK Aviation GW3000B (Kiri). Sebelum ini tidak pernah pun terfikir hendak pakai jam tangan jenama ini sebab nampak macam kebudakan sikit. Tapi selepas diselidik secara mendalam, jam tangan keluaran Casio ini antara jam yang berkualiti tinggi dan mempunyai level serta peminat tersendiri.

Jadi pada Disember 2016, semasa lalu di disebuah kedah di Sunway Carvnival Mall, Seberang Jaya ternampak kedai jam City Chain ada buat tawaran untuk jam sebelah kanan tu Model : GA400GB dengan harga promosi RM608. Selepas beli dan pakai rasa selesa berbanding jam-jam yang pernah pakai sebelum ini. Hati terus terpikat dengan G-Shock.

April 2017, kawan karip ke Tokyo, Jepun. Ada memesan supaya tengokkkan kalau ada model yang bleh beli disana dan ternampaklah Model GW3000B ini didalam display kaca. Selepas tengok harga, aku pun terus buat carian di internet dan jumpa link ini http://www.gshock.com/watches/Aviation/GW3000B-1A. Pergh!! Teruja dengan fungsi Solar, bentuk dan warna oren tu. Terus suruh dia belikan tanpa lengah lagi.

Hari ini aku ke Ipoh untuk mengambil jam ini sebab tak berani nak pos ke Kedah takut hilang ditengah jalan. Tahu je la kan, kurier ni luanda jugak yang jenis tak boleh percaya. Puas pakai dan selesa sekali. Yang penting bateri tak perlu tukar untuk seumur hidup.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini