Monday, June 13, 2011

HotMas Lagenda Height







HotMas
Dah lama dengar tentang HotMas ni kat Jalan ke Hotel Swiss-Inn Sungai Petani iaitu berdekatan dengan kawasan perniagaan Lagenda Height, Sungai Petani. Nak dijadikan cerita, hari tu Mr Latape teringin nak makan sangat dan aklu pulak teringin nak merasa masakan restoran ini yang depa kata sedap sangat tu.


Jadi kami bertiga bersama Saya Mengantuk pun pi la restoran ni. Masa sampai tu restoran dah hampir penuh, sempat la kami membooking tempat ditepi kaki lima. Boleh juga pekena angin luaq. Pelayan pun mai bagi buku menu dan aku memilih "Lamb Steak", Latape "Beef Steak" manakala Saya Mengantuk "Nasi Putih"-


Selesai, acara meyembang dan bergosip.. hehehe.. tiba untuk makan. Wow!! Masakan dia memang sedap!! Sos Lada Hitam memang terbaek!. Stik Kambing aku harga RM 13 manakala Latape pulak RM 14. Saya mengantuk punya tak sampai RM 10 sekali dengan ayaq...Jumlah semua RM 40++. Puas makan, punya banyak daging kambing dan yang penting sedap!!.


p/s: Lain kali nak pi lagi makan di HotMas!

3 comments:

sila coretkan disini