Showing posts with label Transport. Show all posts
Showing posts with label Transport. Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

Travel Tips: Public Transport (Pengangkutan Awam)

When you travel, it a must to experience local public transport especially train. 

Keretapi memberi gambaran sebenar bagaimana masyarakat setempat bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan sabar dan pada kos yang paling rendah tapi perlu berkorban dari segi keselesaan dan masa.

Semasa di Sri Lanka, perjalanan menggunakan kenderaan (kereta) hanya mengambil masa sejam lebih tapi melalui keretapi memerlukan masa minimum lima jam. Penat tapi berbaloi bila dapat melihat negara orang dari sudut atau perspektif yang berbeza. Ia merupakan sesuatu yang amat berharga. 


Sunday, May 27, 2018

SRI LANKA 2018: COLOMBO FORT RAILWAY STATION

Inilah Colombo Fort Railway Station yang merupakan titik mula perjalanan.

Untuk perjalanan yang cepat dan selesa, disarakan menggunkan perkhidmatan bas ekspress (mini bas) yang ada di hadapan balai ketibaan. Tambang agak mahal sidikit tapi yang penting adalah selamat dan pantas.

Sunday, October 22, 2017

THAILAND : Train 111 to Lop Buri (Sunflower Field)

Platform 10
Untuk ke Lop Buri @ Lopburi perlu membeli tiket terlebih dahulu pada hari tersebut. Pada tahun 2016, kami bangun seawal 4:00 pagi untuk mengambil train paling awal tetapi train tersebut akhirnya dibatalkan dan terpaksa tunggu train jam 7:00 pagi. Oleh itu, kali ini kami ambil keputusan lebih selamat ambil train 7:00 pagi dan menunggu seawal 6:30 pagi di Hua Lamphong Railway Station, Bangkok.

Tiket dengan harga Bath 50

Wednesday, October 11, 2017

THAILAND : BTS SkyTrain

Pada gari kami sampai di Bangkok merupakan hujung tahun 2016 iaitu pada malam tahun baru 2017. Semasa hendak naik train dari Suvarnabhumi Airport kami mendapati kaunter mesin tiket tutup. Sudah merasa pelik, terus ke kaunter tiket bertanya kepada staf yang bertugas. Beliau memberitahu bahawa malam tahun baharu, semua perjalanan train antara bandar adalah percuma. Wah! Kalau kat Malaysia rasanya tidak pernah ada lagi.

Pada hari tahun baharu, kami mengambil BTS SkyTrain untuk ke Chatuchak Weekend Market. Tambang tidak pasti berapa  sebab sudah lama.

Saturday, October 07, 2017

THAILAND : Perkhidmatan Bas Awam di Bangkok

Bas Awam di Bandaraya Bangkok agak usang jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang tetapi apa yang dapat dilihat disini, sistem tiket masih menggunakan tenaga manusia iaitu Konduktor.