Friday, March 25, 2011

Intergrasi "Bookmarks" Mozilla Firefox + Opera 11

Gambar 1

1. Buka Pelayar Firefox dan klik pada menu "Bookmarks" dan klik menu "Show All Bookmarks".



Gambar 2

 2. Selepas itu, Tetingkap "Library" akan muncul dan terus klik menu "Import and Backup". Tujuan adalah untuk backup bookmarks untuk rujukan masa depan dan untuk dieksport ke Pelayar Opera 11.

Gambar 3

3. Selepas klik menu "Import and Backup", anda terus klik menu "Backup". Untuk proses ini, backup hanya khas untuk Firefox sahaja bukan untuk dieksport ke Opera 11.

Gambar 4

4.  Selepas klik menu "Backup" akan muncul tetingkap untuk "Save" dan "file type" untuk backup bookmarks ini adalah "JSON". Ia hanya sesuai untuk dieksport ke Pelayar Firefox SAHAJA.

Gambar 5

5. Manakala selepas kita "Backup", maka bila anda memerlukan kembali semua Bookmarks itu. Anda perlu klik pada menu "Restore" dan pilih mana-mana tarikh atau jika anda menyimpannya dilokasi lain anda klik saja menu "Choose File". 

Gambar 6

 6. Manakala untuk mengunakan Bookmarks Firefox pada Pelayar Opera 11. Anda perlu klik pada menu "Export HTML".

Gambar 7

7. Selepas Bookmarks Firefox tadi disimpan. Anda perlu buka Pelayar Opera 11 dan klik pada "Menu" > 'Setting" >"Import and Export" > "Import Firefox Bookmarks". Teknik ini hanya berfungsi untuk fail yang berformat HTML bukan JSON. 


Sekian, Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini