Thursday, November 26, 2009

Liza Bandaraya - Kawin La Pulak

Liza Bandaraya Kawin
 Aku dok baring nak tito..... hp Nokia 1112 aku berbunyi "kring..kring...kring" berkali-kali.. Malas aku nak angkat sebab no aku tak kenal. Pastu dah byk kali call aku tak angkat dia sms..."Aku Liza Bandaraya ni..... naper call tak angkat" .... Esoknya aku call..... dia kata nak kenduri 12.12.10... kalo aku ker, buat la tarikh 12.12.12... lagik syok....

D-SLR Canon


EOS Canon




Impian + Angan-Angan = Mimpi
Entah bila la dapat beli D-SLR kamera ni. Aku suka Canon sbb dia lebih power berbanding Sony, Nikon, Pentax atau Panasonic. Tapi harga yang mengila RM 3k++ tu yang terkangkang nak beli. Bila nak dpt durian runtuh ni.... Harap-harap duit claim insurans adik aku dpt cepat sikit... boleh mintak panggu aku.. heheeheehe

Sunday, November 22, 2009

Gunung Jerai Lepas Hujan


Hijau... Nyaman
 

Sayu Mata Memandang
Masa berehat sekejap.. kami cuci mata dengan keindahan Gunung  Jerai ciptaan Allah SWT.. Memang tenang,,,
 

Relaks!!

Kayuh Ahli Baru


Penat!!
 

Ahli Baru..At Bomba
 

Gerek At..... Bau Kedai!!
 

Pantai Murni, Yan.
Suasana Pantai Murni agak sunyi sikit, maklum la hujuan baru berhenti. 
 

Dua Atlit Harapan Kedah
 


 
Jom..... Kayuh Lagik!!!
Perjalanan ambil masa dalam 25 ke 30 minit saja dari Tg Jaga. Sampai Kg Ruat, ambil jalan sebelah pantai pastu keluar kat Pantai Murni. Balik keluar kat Pekan Yan, terus lalu jalan utama. Balik kena hujan.. basah habis,, nasib hujan tak lebat...

Kulim Hitech - Cari Bisnes


Macam Sg Buloh
 

Dah Dekat....!!
 

Sampai Dah...!!
Ambil masa lebih kurang 20 minit la kot,, Kami sampai kat Kulim guna BKE. Patu telefon la tuan punya siber kafe yang nak jual tu. Dalam sepuluh minit kami pun sampai kat premis tu. Naikl tingkat atas, keadaan kafe tak la elok sangat. Beserabut sikit dan tak terurus sgt. Aku pun mula la tanya tentang spek komputer dengan barang lain yang depa nak jual tu.. Dari harga tawaran dia RM25K......... tapi anggaran aku hanya RM10K - RM12K saja...  Banyak tu!!! 

Kueteow Teng vs Char Kue Teow


Kueteow Teng

 
Char Kueteow
Antara kedua-dua ni paling aku suka Char Kueteow la. Selalu makan kat Gerai Empat Lima bersebelahan Pusat Kaji Cuaca Kawasan Perindustrian Perai. Sedap jugak tukang masak dia buat. Boleh kira tiap2 hari makan. Sampai depa taw, bila aku mai tak perlu tanya. Dah sah makan keuteow.. Biasa la makan dengan Datuk R'.

Tuesday, November 17, 2009

Si Buta Kawin Dah


Si Buta Kawin Dah
Gambar ni pernah aku post dulu. Tapi masa dok geledah fail-fail terjumpa gambar ni. Aku letak la sekali lagi sebagai kenangan. Maklum la dia dah kawin, tak lama lagi nak dapat anak dah.

Gambar ni kalo tengok betul2, ada nilai dan makna tersendiri. Cuba fikirkan......... 

Padang Besar Kebas Pungkur!!!
Punya la gigjh naik moto pi sampai Padang Besar dengan Mr Brong. Punya la jauh sampai kebas pungkur!!! Masa ni aku rasa masih belajar kat U. Pi masa cuti semester, Brong ajak, jadi aku ikut saja... jalan2 makan angin.

Yang penting, dapat jugak merasa keindahan alam dan suasana panas terik kemarau. 



Volvo Polis


Volvo Usang
Cis!!! Polis Trafik Sungai Petani masih lagi simpan trak Volvo antik ni. Kalo bagi kat aku pun bagus jugak!!!.. boleh buat niaga.. Trak ni punya la tinggi.. lebih tinggi dari lori tanah yang dok angkut tanah depan rumah aku dulu2....

Kalo boleh jual besi buruk jer... untung ada jugak!!

Koperasi Sekolah Atas Bukit


Ahli Koperasi Gelap
Dulu aku ada la melabur dalam koperasi sekolah. Melabur pun sepuluh ringgit jer... hahaahah.. aku pun nak tergelak. cis!!!! hujung tahun dapat dividen cuma sen2 jer.. memalukan aja.

Nasi Lemak Pagi Ahad


Nasi Lemak
 Ini la sarapan (nyorok) kegemaran aku dengan keluarga pada setiap Ahad.. Dulu masa kerja cuti hari Jumaat, aku akan buat hari Jumaat la. Tapi sekarang kerja cuti Ahad. 

Kalo makan ni kena ajak si Pak On. Kalo tak ajak mau bising dia. Kalo hari Ahad, jam 630 dah siap mesej aku, bunyi macam ni "sedap lemak berkrim"... Itu la ayat dia. Aku taw sangat la, tu bermakna suruh aku buat nasi lemak la tu. 

Kalo gambar atas tu hari aku buat, kalo Mak aku buat dia suka balut daun pisang. Lagi best.. bau wangi jer. Paling aku suka makan dengan ulam jering, terbegau dan petai... huhu.. sedap!!!!

Sunday, November 15, 2009

Dadih Merbok


Dadih Suri, Merbok
Aku kalo pi Tg Dawai mesti pekena dadih ni dulu. Selalu beli kat Kedai Habib saja (stokis terkemuka). Harga RM1.30 saja.. kalo makan sekali 3 jenis - Biasa, Jagung & Strawberi. Sedap jugak... mai la rasa...(Sarah Patin.. mai la rasa)

Saturday, November 14, 2009

Harta Karun 2000 Masihi

 
Peninggalan  Laksamana Laut Tg Dawai.
Petang hari Sabtu tu, Aku dengan Mr Brong pi la Tg dawai nak pekena sate dengan laksa.. sambil dok tunggu tu.. sempay la ambil beberapa gambar.. Tapi cuma satu ni jer yang aku post.. yang lain sensor...(takut kerajaan ambil harta karun tu letak kat muzium)..

Basikal Pecah Peluh



Lepas letih kayuh gerek baru beli ni.. heeheh... Singgah minum ayaq kat Gon Tg Jaga...
  

Ni dia, punya letih sampai jirus air kat kepala... Kalo keta ni orang kira "enjin berasap la"


 Disebabkan enjin mamat sekoq ni dah "overheat".. kami singah la kat bangsal orang jual durian.... nak sejukan badan...


Sambil tunggu dia ok.. aku pun kayuh naik gon (curam) yang paling tinggi kat depan tu...
 

Mak ooi... punya la tinggi sampai aku pun dah habis gear.!!!!! tapi berbaloi!!

Last2... aku pun rehat sekali... hahahahaa