Saturday, June 20, 2009

Padi Mula Menghijau Kembali






Selepas habis semua padi dituai, sekarang tiba masanya padi ditanam semula. Cukup cantik saujana mata memandang. Kalo petang2 tu seronok jer tgk padi menghijau ni. Mata sejuk dan sihat jer.. Tengok jauh mcm rumput padang ragut. Kalo dulu2, kalo anak padi mula membesar mcm ni, aku dgn kawan2 aku selalu la lakukan aktiviti seperti "tahan tauk" atau "mengelau" ikan haruan kat tengah2 bendang ni.. memang best kalo dapat ikan besar..

Tapi yang mengerunkan pun x kurang jugak bila dapat ular yang makan umpan katak tu.. kalo ular air ok lagik.... kalo ular tedung.... larikkkkkkkkkkk .. seribu langkah walaupun dia dah terkena kain x boleh nak serang tapi kena ingat. kalo yang terkena tu ular betina.. nanti suami dia cari dan mengamuk lagi susah.. jadi keputusan bijak..... biar ajer kat situ... jangan jadi hero tengah2 bendang......

Belalang Kacung - Bergembira Musim Padi Membesar











Masa tengah melilau belakang rumah aku, aku ternampak la sekor belalang ni yang tengah melompat atas rumpat. Jadi tetangkap la dia dan terus jadi model untuk post aku bulan ni.... Dulu masa kecil2 aku selalu la main belalang kat belakang ni. Bila dah masuk sekolah menengah aku tangkap belalang ni dengan Mak aku. Maklum la Mak aku ni Juara Mancing Kampung, jadi belalang ni menjadi umpan dia la.... Masa tu keadaan atli air masih ok dan jernih serta banyak ikan.

Tapi sekarang rumput banyak la. Laluan air pun sudah cangkat (cetek) ikan mana nak ada lagi. Ular banyak la. So aktiviti lama ni terpaksa la aku dgn Mak aku cari port baru dekat Kawasan Kelapa Sawit hujung bendang sana nu...

Naik Lori ke Airport Penang




Hari ini (24/04/2009), aku macam biasa kena hantar minah-minah Indonesia ni pi Airport Bayan Lepas sebab depa semua ni sudah tamat kontrak dengan syarikat. Dijadikan cerita, aku kena pergi dengan lori sebab barang2 minah2 ni banyak sangat. Jadi aku pi awal hantar barang dan boleh la aku relaks kejap sebelum depa semua sampai. Kerja macam ni kadang2 tu ok.. kadang2 tu penat nak mampuis....

Konsulate Jenderal Republik Indonesia - KJRI, Penang








Gambar ni aku ambil masa berurusan dengan KJRI, Pulau Tikus. Maklum la kerja melibatkan warga Indonesia yang kena buat passport baru, jadi selalu jugak datang sini. Sambil tunggu nak paggil no, aku sempat lagi pi beli belah kat MidLand Shopping Centre depan tu...

Sunday, May 10, 2009


Ini merupakan video rasmi kawan-kawan masa belajar kat UUM... Bagi kawan-kawan tu jangan lupa Reunion 2010 kita kat Langkawi, Kedah. Semua persiapan sudah 60%, cuma menunggu dana terkumpul dari semua 7 Ahli Alumni Alliance saja.

Friday, April 24, 2009

Muzium Arkeologi - Sekitar














Lembah Bujang tersebar seluas 400 km persegi, merupakan tapak arkeologi terkaya di Malaysia. Ia merupakan kawasan penting pada Kurun ke-3 hingga ke-12 masihi. Lembah Bujang merupakan pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara pada ketika itu. Ia terkenal sebagai "Nusantara".

Muzium Akeologi Lembah Bujang mempunyai hampir seribu artifak sejarah yang telah dipulih dari sejarah peradaban yang tertimbus. Muzium ini mempunyai dua galeri utama yang mempamerkan pelbagai bahan yang menunjukkan bahawa kawasan ini merupakan pusataktiviti perdagangan dan penyebaran agama. Artifak yang dipamerkan termasuklah bekas tanah liat, manik, seramik, foto, dan pelbagai alatan dan tinggalan silam.

Tedapat lebih 2500 penemuan yang masih dalam peringkat kajian. Ahli Arkeologi dari dalam dan luar negara telah menemui lebih dari 50 candi atau kuil purba di kawasan Lembah Bujang dan sebilanganya telah dipulihkan ke bentuk struktur asal. Pelancong/pelawat dapat melihat pembinaan semula kuil purba ini di kawasan Bukit Batu Pahat (Belakang Muzium). Candi utama yang dibina semula termasuklah Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Bendang Dalam dan Candi Pengakalan Bujang.



Bagi yang ingin melawat dan melihat sendiri keindahan Bukit Batu Pahat dan keajaiban tinggalan sejarah terpenting Kerajaan Kedah Tua. Datanglah melawat tapak sejarah ini yang terletak 17 km dari Bandar Sungai Petani.


Muzuim Arkeologi Lembah Bujang
Operasi: 900 - 1700 sehari
Masuk Percuma
04-457 2005

Muzium Arkeologi - Artifak

















Ini semua merpakan tinggalan artifak sejarah yang penting. Semua ini dipamerkan di Muzium - Bangunan Utama dan Kedua. Dahulunya, masa kecil-kecil aku ingat lagi cuma da satu bangunan untuk pamer benda2 ni tetapi sekarang sudah ada dua. Hasil ekavasi seluruh kedah, penemuan baru yang banyak memerlukan pihak muzium menambah bangunan.

Yang terbaru, hasil kerjasama dengan USM kini telah menemukan beberapa tapak baru yang menunjukkan wujud penepatan disekitar Kg Semeling dan bersempadan dengan Kg Bujang. Penemuan terbaru ini menampakan bahawa wujudnya sebuah kilang memproses besi. Kini kawasan tersebut giat dijalankan proses ekavasi. Kawasan ini pada masa kini merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kelihatan pihak penyelidik mengupah penduduk temapatan untuk menjalankan proses ekavasi yang mana memerlukan penelitian dan kesungguhan yang tinggi, maklum la nak kena guna berus.. hehehe...

Walau bagaimanapun, pekembangan terbaru ini membuktikan bahawa Kawasan Merbok, Kedah ini dan sekitarnya merupakan permulaan kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Kedah Tua.