Friday, August 19, 2005

Pra-Unis Agenda

Ni cerita masa tingkatan 6 di SMKM (Menengah Merbok) dalam tahun 2001. Kami satu kelas ada lebih kurang 20 orang dengan jumlah laki-laki cuma 6 orang. Kelas kami ni memang gilee sikit, kalau dalam kelas tu tak habis - habis dok mengata kat Na Put Put (Marlina Datuk Zain) le. Dia ni suka melepaskan angin taufan dalam kelas, ala macam tu la tiap-tiap hari. Na Put Put ni suka naik moto laju-laju macam kena ligan dengan orang gila, sama la dengan Mak Da (Mak Nyang) dan Nani (bini abang askar, dah kawin dah). Depa tiga orang ni memang suka naik moto laju macam posmen pos laju. Depa dok kat kampong Bujang (Pekan Sebelah), petang-petang tu yang depa tau merempit sana-sini, Minah Rempit katakan.

Ni cerita Mina Ibu (tokey nasi lemak), tiap-tiap hari aku makan nasi lemak dia sampai naik loya perut tapi makan jugak. Dia Jugak terkenal dengan Gelaran "Minah Kutu" bukan dia ada kutu banyak tapi sebab dia ni kepala main kutu-kutu. Waktu lapang kami lepak belakang kelas, ada meja gituu, ala meja alasan sebanar nak buat tempat study tapi yang sebenarnya nak biat tempat bergebang sambil menicah garam belacan la. Menicah plak dengan Cikgu Yam (Siti Mariyam), orang yang kuat mekap dan gebang. kadang-kadang tu Cikgu Mat Tahiaq (Md Tahir Palava) gelaran Sopi Husin Telaga yang gelaq, Cikgu Tahiaq bukan tau. Cikgu Tahiqa juga suka menicah, ni lagi sakan sambil makan bergelak ketawa. Awat tak gelak, benda sedap.

Aduh penat bercerita dengan geng-geng ni tau. Ni satu lagi, Teacher Suhana (MUET), mula-mula mai kelas muka nampak garang semua pakat takut kat dia tapi bila dah kenal, macam-macam merga Cikgu ni tau. Cikgu Suhana pun suka merapu, dia khabaq dia suka lagu "cherish". Aku pun suka lagu tu, dia tak tau.

Pengetua pula Hajah Haminah, semua orang takuit kat dia kecuali geng-geng ampu dan bodek je tak takut. Kami ni takut bukan apa, dia ni kuat beletiaq. Cikgu Yam pindah sekolah sebab tk tahan dengan pengetua lee. La ni pengetua baru, sebab dia dah pencen. Cikgu Shahabadin, orang nya kecik tapi otak berjalan dengan lancar, tau-tau je masuk kelas perli Sopi dengan Din (depa dua orang berperang), Cikgu Din kata " amboi, hari panas no...........ramai yang dok amuk" tu la dialognya lebih kurang la, dah lama dah aku tak ingat sangat.

Yang sorang lagi, Cikgu Arif....Orang dia berbadan besar dan tinggi dan suka simpan duit RM50 dalam poket banyak-banyak. Cikgu ni memang loaded, kereta Mercedes, Volvo macam-macam la. Tapi bila mengajar bagus, aku boleh paham dengan mudah.....Patut dapat guru Super la.

Cikgu Lee Kong Beng (Cikgu Robot), gelaran ni pun Sopi yang gelaq. Sopi ni memang suka mengata kat orang sekali dengan aku dia mengata. Tu selalu kena sekeh dengan aku. Mengata lebih dari orang betina.......Cikgu Lee mengajaq Geografi Manusia.....Sorang lagi Cikgu Mad (Ahmad), ni ajaq Sejarah petang-petang ajaq sukan kat padang. Dia dah kawin dengan anak murid dia leeee, jangan Jeleeees. Lepas tu Cikgu Razif ajaq Sejarah Dunia & Islam, tak habis-habis dengan peta minda dia....Tiap-tiap hari peta minda peta minda... Sampai kepala aku banyak awan macam peta jugak la. Sekarang Cikgu ni dah balik Perak, kerja kat PPD kot.

Aku ni kalau nak tau Ketua Tingkatan & Pengerusi Pra-Unis, ingat tahun depan dalam bulan Februari nak buat Reunion Pra-Unis 2006 buat kali pertama, paperwork dah siap cuma nak bentang kat puak-puak tu jeeee. Aku akan buat jugak.

Ni nak cerita bab Handset. Dalam kelas kami tu ada seorang budak yang pakai handset leee, sapa lagi kalau bukan Kak Sue (Suriani), ooooi masa tu kalau pakai handset ni kira hebat laa, dia pakai Sagem tu yang nak tegelak satu kelas dan jadi bahan mengata aku, Man Bush (Rahman Talib, sekarang jadi Polis), Zul Kadet (MPP, KUTPM) dan terutama sekali Sopi lee. Kesian kat dia, tak bawak dah lepas tu.

Sekarang Kak Sue dah keja kat KFC dengan Mak Da kita leee. Tiap-tiap hari makan ayam lama-lama jadi ayam. Aku nak buat surprise le, nak p tengok depa keja lepas tu nak makan kat KFC Sg Petani.

Geng-geng kami ni kalau hari perayaan je, mesti berpesta sakan la. Macam-macam rancangan depa nak buat...mula-mula pi rumah Na Put Put la, dia selalu buat bihun atau laksa. Aku ni kuat makan, mentekedarah habis la apa yang ada. Rumah Na Put Put ni nak seronok akalu ada adik dia yang kecik tu dengan mak dia, ni la masa dia nak pekenan Na Put Put dengan Man Bush (pelaga depa dua orang la). Lepas tu rumah Mak Da, dia kalot la kalau dengaq kami nak pi takut kena gosip.

Hari tu, petang aku ni telefon Na Put Put sebab Sopi kata Na Put Put dah ada kayu balak, jadi aku telefon kata nak jumpa. Dia pecaya sakan macam lagu Siti "pecayalah", dia masa tu baru bangkit tidoq masih mamun lagi. Bila dia kata nak jumpa, tergelak sakan la aku masa tu, dah pecah tembelang. Depa suka jumpa kat Pekan Rabu sambil duduk kat orang tunggu bas, nak tutup line (cover line), nanti orang kata depa laki bini nak balik kampong tu dok tunggu bas (kira macam tu la), pandai sungguh Na Put Put ni.

Aku dah penat nak mengata ni, tunggu la sambungan cerita ni lain episod....jangan lupa yee

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini