Wednesday, July 12, 2017

BOOK REVIEW : MERENTAS AMERIKA

Penulisan Badrul Hisham.
Review:
Buku hasil penulisan Saudara Badrul Hisham ini merupakan naskah yang perlu dimiliki - "Must read"!. Kandungan yang disampaikan begitu bersahaja dan menarik. Pada pendapat saya, apa yang cuba disampaikan oleh beliau agak lucu. Pada bahagian kena kejar dengan polis memang cukup thrilled.

Saya seronok baca hasil penulisan Badrul yang santai. Saudara Badrul kelihatan agak selekeh dengan baju besar dan berseluar 3 suku itu menjadikan penampilan beliau dalam buku ini melucukan. Ya! Pada pengalaman saya jugak, bila kita mengembara ke sesuatu tempat tidak semestinya kita berpakaian kemas "ala-ala nak pi photoshoot". Saya suka pakaian yang sederhana supaya tidak terlalu obvious. Hal ini kerna, sesetengah tempat kalau kita pakai terlalu obvious bergaya dengan cermin mata hitam dan sebagainya akan selalu kena scam atau dikenakan cas yang tinggi berbanding orang yang pakai sederhana kerana mereka beranggapan kita ini golongan kaya yang melancong.

Biar pakai selekeh tapi jadi la terlalu selekeh sangat sampai dari jauh orang dah person. Biar biasa-biasa macam orang lain ditempat itu "blend with local style"-

Pengalaman yang dikongsikan oleh Badrul bagi saya amat berharga dan boleh digunakan sebagai tips untuk kembara di US. Sewa kereta dan pendu sendiri. Macam pernah dilakukan oleh Sahabat Travel saya iaitu Enon Lalala semasa beliau ke Korea Selatan dan Australia.

BOOK REVIEW: MERENTAS AMERIKA by BADRUL HISHAM

No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini