Monday, January 16, 2012

Selamat Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang ke-84

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,


D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

TARIKH KEPUTERAAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927

PENDIDIKAN AWAL
Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948).

Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan setelah mengikuti satu kursus persiapan, baginda telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.
  
Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua telah di kurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada tanggal 26 Ogos 2003, Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 disember 1975. Pada tanggal 9 Januari 2004, telah berlangsung satu istiadat permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan.



Selamat Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang ke-84  

DAULAT TUANKU! 


All contents are subject to Copyright under http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/


No comments:

Post a Comment

sila coretkan disini