Sunday, June 21, 2009

Umang - Umang Tanjung Dawai








Tadi aku pi Tanjung Dawai dengan kawan aku.. Mr. Zarul sambil menunggu Miss Zaza.. Aku sempat la pi tangkap gambar umang-umang yang sibuk mencari pakaian terbuang tepi pantai tamboq ni.... ada yang kecik hinggalah yang besar... semua sibuk shopping pakaian....

Naik Bas Isi Minyak - Husaini Yaacob






Kalo tengok tag kat atas tu... memang tag asli.. Bas ini dulu kepunyaan Husaini Yaacob ni la yang bertanding ADUN Bukit Selambau hari tu... Sebab tu dia letak foto bas sebagai lambang rasmi dia kot... Kawan aku ni sewa bas ni kalo x silap la... Jadi hari ni kami pi Sg Petani nak isi minyak RM 200 jer.. separuh tangki.. esok Isnin nak bawa orang kilang ...... aku jadi konductor jer ...... 

Dataran Jam Besar Sungai Petani

Ini la mercu tanda Bandar Sungai Petani, antara bandar paling pesat membangun di Malaysia.




Yang ni ada air pancuran tapi sayang x dibuka, pastu kepingan tile tu dah tertanggal dah.



Ni bangunan SP Plaza dan belakangnya itu merupakan Bangunan Pentadbiran MPSPK.





Kawasan dataran ini jadi tempat melepak pada malam minggu sebab suasana dia yang menarik.

Saturday, June 20, 2009

Feri Pulau Pinang - Sebuah Nostalgia Silam

Bertolak dari Jeti Pengkalan Tun Uda, Penang kalo tak silap.


Feri yang selisih semasa dlm perjalanan.

Amaran keselamatan yang perlu dipatuhi.



Kami berada dibahagian atas feri (feri ni khas untuk kenderaan saja), yang selalunya untuk penumpang.

Pili bomba merupakan satu kemestian yang penting jika kebakaran walaupun air laut byk.. tak kan kita nak ambil timba dan angkut air laut naik..... betul tak??

Ni pembantu aku yang banyak akai dan songgeh dia.... tapi dia ni bagus.... byk idea.






Kipas berputar laju bagi memastikan kami sampai dlm tempoh kurang 15 minit.


Tambang feri kalo x silap ia mahal RM 0.70 dari Jambatan Pulau Pinang... maklum la jambatan kita guna atau x guna.. ia x menanggung kos.. tapi feri kalo penuh atau kosong tetap kena tanggung kos minyak diesel dia tu.. jadi mcm mana dia nak untung.....betul x?

Sekitar Pulau Tikus, Penang

Di Pulau Tikus ini ada beberapa pejabat yang penting, salah satunya Konsulate Jenderal Republik Indonesia.

Depan hujung tu Mid Land Shopping Mall.

Ni RTM Pulau Pinang.... Mutiara FM




Radio Mutiara FM.

Pokok untuk pemandu teksi menulis no kereta mereka.

Terdapat jugak Hospital Adventist yang memang terkenal untuk Warganegara Indonesia. Terutama dari Medan.


Ni stesen minyak bersebelahan Midland.


Laluan pejalan kaki ni disumbang oleh Rotary Club of Georgetown...

Laluan ni memang sejuk sebab bayk pokok besar yang berusia perpuluh-puluh tahun pun ada.